Hari Ahad lepas, mak sedara aku akhirnya menamatkan zaman bujangnya selepas hampir 50 tahun single. Aku punyela happy! Lama sangat nak tunggu dia kawen. Suami dia nih sebenarnya boyfriend die waktu muda-muda baya aku dulu. Tak sangka lepas lebih dari 20 tahun, jumpa balik. Terus bawak ke jinjang pelamin. Oops! Silap.. Takde pelamin. Seumur hidup aku, aku rasa nilah kenduri kawen yang paling simple. Pengantin pun dah tak nampak macam pengantin. Boleh buat keje dapur pulak time kenduri dia tuh. Haha! Baju pun simple sangat! Takde pelamin, takde kompang, takde jalan beriring yang perlahan gila tuh! Semuanya macam biasa. Even pengantin pun buat kerja, layan tetamu semua. Padahal tu kerja kite orang. Haha! Yang paling penting karaoke tetap ade. Tu pun orang yang sponsor. So, walaupun simple, tapi tetap best! Tambah-tambah lagi penantian selama hampir 50 tahun dah berakhir. Harap-harap berkekalan sehingga ke akhir hayat.. J
No comments:
Post a Comment