Monday, December 31, 2012

Down and Gloomy



Ya Allah.. kuatkanlah semangat hambaMu ini.. Macam2 jadik dalam x sampai seminggu pun. Lepas satu, satu lagi, lepas tu satu lagi benda nak jadik. Aku percaya setiap yang berlaku ni pasti ada hikmahnya. Setiap ujian yang Allah bagi ni, pasti ada tujuan. Allah beri dugaan sebab yakin kita boleh survive dugaan yang dia bagi. Aku percaya tuh. 

Cuma dugaan kali ni datang banyak2 sekali gus. aku pun tak pasti aku cukup kuat ke tak untuk tempuh semua ni. Tapi, yang paling aku sedih bila aku tahu ada insan lain yang lebih tertekan dengan ujian nih, dan aku tak dapat tolong pun. Aku hanya mampu mendengar dan katakan sabar. Such a disappointment.

Aku harap benda ni akan settle tak lama lagi. Harap sangat! 

Sunday, December 2, 2012

Dark Dark Sunday



hai, assalamualaikum. hari ni terase macam nak menaip. so, aku pun mula menaip. blog ni sebenarnye satu persinggahan je. dah tak sama macam dulu. dulu semua aktiviti aku taip kat sini, sekarang semua aku update kat twitter. lepas tu aku akan rase kenape perlu nak taip benda yang sama. yela, kisah hidup aku pun bukannya menarik mana nak kongsi dengan semua orang.

tapi hari ni aku terasa nak menaip pun bukan sebab nak cerita sangat kisah hidup aku. aku just nak bagi tau aku sihat. aku happy macam biasa.  alhamdulillah, aku masih dikurniakan kekuatan untuk terus hidup.. eceyh! bunyi mcm depress gila sebelum ni kan? hahah!

aku bagi tau nih sebab ada orang yang bertanya. so aku bagi taula.. yang xnak tau, xpayahla ambik tahu. pointnye skrg nih, aku nak cakap aku sihat. just malas nak update benda sama kat byk2 tempat. tapi kalau ada benda yang aku rasa patut kongsi dengan semua orang, aku akan share. insyaAllah.

p/s: terima kasihla sudi melawat blog picisan nih.

Saturday, October 13, 2012

Craving For Foooooooooooddddd

semenjak dua menjak nih kemain lagi penyakit mengidam aku menjadi-jadi!  bukannya ada anak dikandung pun nak mengidam-mengidam bagai nih.. tapi bende ni semua memang normal untuk perempuan-perempuan yang suka makanan macam aku!

sebenarnya kalau aku nak pegi makan, boleh je nak dapatkan semua bende aku nak nih kat midvalley. bukannya jauh mane mane ponggg.. 10 minit drive dah sampai. tapi masa.. masa tu takde! sob.. sob.. T.T

what i'm craving for??

1. Sumptuous Durian Pancake

ehmahgerddddddd!!!! serius craving ngan bende alah nih.. hari tuh keluar ngan rumate nak beli bende nih. tapi waktu nak try2 je, so beli 2 ketul jela. makan sorang satu. pastu esoknye datang lagi! tapi malangnye dah habes la pulak.. then sampai sekarang tak datang2 dah..

soft smooth crepe loaded with creamy real durian fillings! yummeyh!
2. Beard Papa's Cream Puff

pehhh! yang ni dulu makan at least 2 minggu sekali.. tapi sekarang dah dekat setahun tak makan!! macam mane tak craving weh?? 

aku tengok gambar je pon dah terliur.. pehhh!
3. Sushi King

yang ni lagilaaaaaaa.. dulu masa sushi king ade kat tingkat atas sekali mid valley tu memang selalu sgt2 aku beli! tiap2 kali lalu mesti nak beli! kalau 2 kali aku lalu, maka dua kali jugaklah aku beli.. muahahaha!! nampak sangat tipu. tapi semenjak yang kat atas tu tukar dengan kedai ape ntah. tinggal kedai yang kat bawah tu je.. aku macam malas sikit nak beli.. kesudahannye aku craving.. T.T

golden ball : telur rebus ngan sayur je pon. apahal sedap sangat ntah.
4. Pavlova / Meringue Alexis

yang ni memang desserts yang agak eksklusif la jugak.. mahal kot.. sepotong sampai rm15! tapi.. tapi.. dia sedappppp.. aku penah makan 2 kali je kat alexis nih. sekali dtg makan pavlova, sekali datang makan meringue pulak.. rupa dua-dua bende nih lebih kurang je.. bezanya meringue kurang manis. pavlova tersangatlah manisnye.  tapi, tahap kesedapannya is really hard to denied. untuk orang yang sweet tooth macam aku nih sukala.. haha! amek kau bahasa rojak aku guna.

it just awesome! tapi boleh makan time tengah ada duit jelah.

aku rasela.. kalau aku datang midvalley. dalam tangan ada rm50, rm50 tu boleh habes kat makanan je.. lepas ni nak mencarik geng memburu makanan pulak.. >.<

Monday, September 3, 2012

The Cube

kat fak aku sekarang dah ada tempat yang cool liao! baru tengok tadi.. nama tempat nih The Cube. ingatkan untuk staff je rupenye student pun boleh guna. nice! nice! pasnih bolehla buat discussion ke ape kat sini.. cewah! macam ye ye je kan?





nak tengok gambar lagi boleh klik kat sini. :)

Sunday, September 2, 2012

Video Menggamit Kenangan :)


dulu waktu kecik2 selalu belajar guna tape yang ada cikgu nih.. ni kalau sape yang waktu kecik2 tak pernah tengok video yang cikgu ni ajar memang agak kesianla jugak.

ntah kenape tadi tadi aku nak tengok movie 2012. pasangla cd cetak rompak yang adik aku beli tahun lepas. sekali bukak-bukak, cd belajar budak tadika ni pulak.. dari nak marah terus tak jadik nak marah. bukan aku je.. sekali ngan mak bapak aku semua excited sebab video ni sangat2la menggamit memori.. cewah! macam klasik fm gitu!

nah.. sila layankan..


 
Mentari dah bersinar
Ayam pun sudah berkokok
Mari kita ke sekolah
Siapa dulu tiba

Melihat kamu ketawa
Cikgu turut gembira
Pagi cikgu, pagi muridku
Mari kita belajar


Yang tidur masa belajar
Rugikan diri sendiri
Mata pandang papan hitam
Tapi akalmu di pantai

Jikalau malas belajar
Esok kau kan menyesal
Pagi cikgu, pagi muridku
Mari belajar

Buangkan sikap malasmu
Mulakan azam baru
Pagi cikgu, pagi muridku
Mari kita belajar.

i miss my childhood so much! sian adik bongsu aku tak pernah tengok video nih..

Friday, August 31, 2012

Raya Merdeka

Assalamualaikum.. Lama gile tak jenguk sini. so hari ni dengan rasminya nak update entri untuk bulan ogos. :D

tak terlambat lagi untuk ucapkan selamat hari ray rasanya dan tak lupa! Selamat menyambut hari kemerdekaan malaysia yang ke 55!! *bunyi orang sorak, bunga api, orang tiup trumpet*

Waktu hari raya hari tu amboi kemain semua pakat melaram! aku pun taknak kalah! kata primadona.. ahaks :P

kemain memasing pun nak pakai shades
macam biasala, raya pertama raya kat rumah pastu gerak pegi selayang then raya negeri sembilan pulak. second day raya kat ipoh sampaila raya ke-4. meriah tu jangan cakapla.. haruslah meriah.. meh tunjuk gambar skit!

Friday, July 20, 2012

Ramadhan : Niat Puasa dan Doa Ketika Berbuka Puasa

Esok dah nak raya.. Eh, nak puasa. nampak sangat aku lagi excited nak raya.. -.-

esok nak puasa, korang ingat lagi x macam mana niat nak puasa sehari ngan sebulan? kalau x ingat meh tengok sini.. hafal!



tapi puasa-puasa pun bila nak berbuka tu jangan lupa pulak doa berbuka puasa.. nampak sangat gelojoh tak sabar nak berbuka kalau x baca doa tau. tak ingat? takpe.. akak ada..

Allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

harap ni dapatla bantu korang. bulan puasa ni jangan asyik ingat nak makan je. tahan nafsu tu! bukan nafsu makan je, segala nafsu yang ada, semua sila tahan. and banyakkan amal jariah.renung-renungkan dan selamat beramal :)

Money! Money!

Semalam teman mak pegi bank and then banker tu tanye nak tukar duit baru x? haruslah nak! haha tapi malangnya duit ni x dapat dikeluarkan banyak2 untuk raya nih.. so, kanak-kanak sekalian, duit raya tahun nih still duit lama ye?



p/s : selamat menyambut bulan ramadhan semua :D

Tuesday, July 17, 2012

Nak Ayu Jeee..

Assalamualaikum ladies and gentleman.

cuti sem nih memang hidup aku agak bosan sikit. takde ape-ape aktiviti yang menarik. aku kerja sambil buat short sem. so habes kelas, pegi kerja, balik tido. itu jelah yang aku buat tiap-tiap hari pon. serius bosan!!

so pada satu hari nih adala satu makcik nih cakap kat mak aku pasal dorang ada nak buat satu bengkel nih. aku dengar bengkel, bunyi macam best. mak aku pulak confident je cakap aku suka, so terus bagi nama aku kat makcik tuh. aku pon ok jelah..

aku bukannya pandai gubah pon sebenarnya. main buat je. cepat siap, cepat balik.




lepas makcik tu balik, aku pon tanyela mak aku sekali lagi. bengkel apa yang mak daftarkan tu mak? sekali mak aku jawab bengkel gubahan bunga!! aku macam whattttttttttt???? aku?? bungaaaaaa???? oh no! tak macho dahla lepas nih! mak aku pulak punyela convince cakap, kalau masuk bengkel nih nanti tak payaha susah-susah nak beli bunga kat orang lain. awak boleh buat. aku macam -___________- whale!

muka nampak macam happy je kan?fake semua ni!

tapi disebabkan mak aku dah daftar, dipendekkan cerita, aku pon haaa.. ok jelah.. redha jelah masuk bengkel ayu nih. perempuan dan bunga tak dapat dipisahkan kan?? perempuan dan bunga barula nampak ayu.. ooo.. macam tu ek? ok ok..

nasib baik omak den temankan. kalau tak..... habeslah aku mati kebosanan.




makan time!

buat-buat kusyuk sebab cikgunye ada kat sebelah
pergh! gaya macam profesional je kan?
dengan geng makcik2 yg satu grup dgn aku. terserlah kependekan.. -____________________-

tadaaaa!! bunga yang aku gubah. not bad lah jugak kan? teehee =P

dapat sijil penyertaan jugak.. kire okla tuh!

p/s : aku peserta paling muda hokey? yang lain semua makcik2..kalau tak paling muda pon, akulah yang paling kecik. sekian.

thanks for reading.

Saturday, June 9, 2012

Ooooootakkkkk~

**sila baca title tuh macam zombie..

hai, sekarang tengah minggu exam. 2 paper dah lepas. lagi 4 menunggu. empat-empat tuh memang killer punye paper. seminggu 3 paper. plus minggu depan satu lagi paper. sekarang tengah konon2 study hard. kenapa konon? sebab aku pon tak yakin yang aku study hard ke tak.. haha!

otak pon dah biol skit. stress tu takdela stress sangat sebab tu aku cakap aku tak tau aku study hard ke tak. sebab aku biol. eh, sebab aku tak stress. nerves pun tak. dah kenapa dengan aku nih? doakan aku berjaya. amin! 

meja berselerak time nak exam adalah perkara biasa

p/s : aku amek engineering. aku nak 4flat boleh?

Friday, June 1, 2012

Apa Yang Buat Kau, Kau?

Assalamualaikum.

well, hey there! how r u? sihat? makin gorjes? makin meletop? boyfriend / girlfriend anda semua sihat? alhamdulillah.. :)

ok, let's straight to the point. actually aku ade masuk satu contest nih.. by sony vaio. "What Makes You, YOU?"

in b4 : this is my laptop idaman! purple!!




dah lame dah pun aku masuk sebenarnye.. tapi susah sangat nak menang sebab contest nih berdasarkan like terbanyak.. that's why i hate contest yang guna sistem like2 nih. but since my lappy dah uzur kemain.. skrin dia kalau kena tiup angin pun dah terbang2, butang cursor pun dah tercabut, pastu asyik mati-mati.. so i really need a new laptop so badly!! >.< 

so please please please help me! kasihanilah aku.. aku dah pakai laptop nih since form 4 kot.. enam tahun dah bai! ape yang aku boleh dapat kalau aku menang? haruslah laptop baru. sebab tu nak sangat-sangat. kalau ade rezeki.



tambahan pula, ni first time aku masuk contest.. 'tambahan pula' ye.. tatabahasa perlu dijaga.. kehkehkeh! 

so what you have to do is just click on this link SONY VAIO. ok, now move to the next step. nampak kan kat belah kiri bawah, ada search box yang tulis find poster kat situ.. taip 'waniey khirzuan'. tunggu sekejap. then akan keluarlah poster macam kat bawah nih.. ape lagi? klik like please~ klik kat poster yang dah banyak orang like tuh.


Bukan senang sebenarnya untuk aku nak mintak korang tolong like. Aku paham, kalau aku sendiri pun rase macam malasnyelah nak like2 bende bukan2 nih.. tambah2 pulak kalau yang masuk contest awek/ balak terhangat facebook tu kan.. but this time please help me ok? i'm begging you~

sedikit info : kenapa typo and errors? well, untuk pengikut twitter aku dorang memang dah tahu. aku memang selalu sangat typo. dan setiap kali aku typo aku akan dihantam terok2 punye sampai hampir nak jadik trending! *ok tipu je*

thanks for advanced and thanks for reading. jasamu dikenang : )

Wednesday, May 30, 2012

Belia Zaman Sekarang

Assalamualaikum. dipendekkan cerita hari sabtu lepas aku and member halusinasi pergi himpunan sejuta belia kat putrajaya tu. well, it's awesome. . . . bolehla.. it's like giant pasar malam with lots of khemah and gerai kempen dorang punye product. sampai situ around pukul 4.30 and balik pukul 10 lebih. ntah ape yang lame kat situ aku pon xtaw. tangkap gambar je yang sebenarnye.. itu yang seronok.. kehkehkeh! so let's check it out!

geng diva


more pictures ==>

Sunday, May 27, 2012

Pesta Ko-K UM

tahun ni aku amek subjek asas tarian rakyat (grek1032) untuk ko-kurikulum.. asalnye aku ajak member2 aku masuk pementasan teater but since dorang taknak so akula yang join dorang masuk tarian rakyat.. kite orang actually ade 6 orang.. but then 3 orang drop.. so tinggalla aku, yaya and shaq..

so hari khamis lepas, setelah satu sem kite orang praktis menari akhirnye dapat jugaklah kite orang buat show.. walaupun tak menang tapi kite orang tahu kite orang dah buat sehabis baik. bak kata kak siti (coach kami). biar korang x menang pertandingan tapi korang menang di hati kak siti.. chewah! so layankan beberapa keping gambar nih..



Monday, April 30, 2012

Avenged Sevenfold Live in KL

Ikutkan aku memang dah takde peluang dah nak pegi sebab ingatkan xde geng and tiket pon dah habes. nasib baikla ade dua orang mamat yang boleh harap nih.. sorang dapatkan tiket, sorang lagi bawak aku tengok konsert.. Yang paling best sebab aku dapat tiket tunetalk zone (worth rm298) dengan hanya rm100! dahla tunetalk zone tu zone depan skali.. aku mmg excited gilerlah!

syahir and hazim merc

opening dari band love me butch. tapi aku x sempat nak tgk and aku x kisah pun.. haha! pastuh kite org tunggu sampai pukul 9 baru a7x nih keluar. first2 lagu nightmare... memang awesome giler! first lagu lagi aku dah pancit.. kire hebat ah m.shadows nih sebab suara dia maintain je.. pergh! ade la jugak beberapa belas lagu.. sila layan gambar dulu..

Wednesday, March 14, 2012

Poor Little Baby Car

minggu lepas parents aku ada vacation kat medan, indonesia.. since dorang nak pegi sana, aku pon bawaklah kereta ke kolej.. kolej aku pulak waktu tuh ada festival dayasari (fesari).. dia lebih kurang macam rumah terbuka kolejla. so, kawasan parking agak terhad sebab dorang bukak khemah kat kawasan tuh. 

nak dijadikan cerita, hari ahad lepas aku pergila parking dekat area kafe 5th tuh.. dekat2 ngan rimba ilmu. esok pagi tu, punyela aku terkejut bila tengok keta aku dah jadi macam nih..


pergh! mengucap panjang aku.. first time aku mencarut sebut benda tak senonoh.. jujur aku cakap, memang aku syak orang yang angkat sampah tu punye kerja.. maybe sebab dia geram aku parking dekat2 ngan tempat buang sampah, so dia buang sampah kat kereta aku.. atau dia angkat sampah nak buang kat dalam lori tapi terbuang kat kereta aku.. dia kecut, lalu larik..

maybe jugak monyet.. tapi aku memang tak rasa langsung nih kerja monyet. rajin pulak monyet tu nak usung beg plastik sampah yang berat tu atas kereta pastu buat sepah kan? yang paling tak logiknye sebab cermin kereta aku boleh retak.. cermin kereta dahla jenis 'double layer'.. memang kalau betol2 kuat je yang boleh pecahkan cermin tuh. 

kalau korang perasan, ada mangkuk yang dah pecah atas bonet kereta tuh.. so bayangkan betapa kuatnye dia baling sampai mangkuk tu boleh pecah bila dia baling kat cermin kereta aku.. retak panjang bai!

nampak tak retak?
kalau sampah tuh, aku boleh alihkan, pergi car wash cuci.. ni kalau sampai dah retak ni nak mintak ganti rugi kat sape? dala cermin nih kalau nak tukar pun mau kena rm800-rm1000. yang double layer punye jugakla.. pergh! geram aku!! kalau aku dapatla sape yang buat nih memang siapla dia!

p/s: thanks lyn temankan aku merata tempat nak settle kan problem nih.. 


Thursday, March 8, 2012

Bad News.. Too Bad..

hari ni kolej aku ada buat satu event ni called "FESARI" which means Festival Dayasari. One of the program was held here is blood donation.. Nih first time aku rasa excited nak donate blood. Sebab hari tuh aku timbang berat ngan ukur tinggi and finally mencapai jugak bmi yang ideal.. =)


so aku dengan yakinnya registerla sebagai penderma.. dah habes dah isi borang aku pon terusla pegi kat doktor nak cek tekanan darah tuh.. pastuh timbang berat.. 44kg kau!! ok, aku taw kalau korang dengar mesti rasa macam eleh.. takdelah berat sangat pon.. tapi bila aku tengok 44 kg tuh terus dapat 2 bad news tahu??

satu, aku xleh derma darah sebab berat aku tak cukup 1kg je lagi.. 2nd, waktu fisrt time aku masuk UM berat aku hanyalah 40 kg ok?? memandangkan ketinggian aku dah memang xboleh nak bertambah.. so aku expect berat aku pon akan maintain cenggitu jelah.. kalau naik pon setakat 2 kg camtula.. nih?? hamek kau! kemain lagi naiknye.. ape ntah yang aku makan..

gambar : ihsan pakcik google
tapi aku perasan jugak baru-baru nih selera makan aku macam hantu raya.. aku perempuan dan boleh habeskan 5 slices pizza hut. and ada banyak lagi add on.. pastu ada satu hari tu, aku order lamb chop, habes lamb chop, order lagi maggie goreng.. *geleng kepala*




Wednesday, February 29, 2012

Kecewa Dengan Diri Sendiri

Hari ni masuk kali kedua aku datang ke kelas tarian.. first time datang rasa seronok sebab time tuh ramai lagi geng aku yang join.. sekali dorang drop sebab tak sanggup dah.. aku pulak mula2 lagi dah ajak dorang masuk lakonan teater.. tapi dorang taknak so aku pun takdela kisah since tarian pun macam fun jugak kan?

then masuk minggu kedua nih aku rasa macam robot tongkang berkarat baru belajar nak menari.. serius robot weh! serba tak kena.. aku kecewa! kecewa sebab tak dapat menari cun-cun lemah gemalai macam orang lain.. huuuuuuu~ kena amek extra class kalau macam nih..>.<

Saturday, February 25, 2012

Adnan Sempit 2

Semalam aku pegi tengok Adnan Sempit 2 dengan senior aku.. kak atik and abang acap. Aku boleh bagi rate untuk filem nih 4.5/5 star la weh.. serius best, lawak dari mula sampai habes cerita, confirm rasa nak gelak guling-guling je dalam panggung tuh!

adnan sempit nih cerita pasal adnan and girlfriend dia nak kawen. tapi sebab darjat lain, parents girlfriend dia macam tak berapa nak setujula.. so diorang pun bagi syarat kalau nak kawen kena tunaikan syarat tuh dalam masa 30 hari. banyakla lawak engrish dia.. paling aku ingat "because banana already fruit two times". lepas tuh part adnan kena raba gentel-gentel kat dada. serius geli bai! tengokla lawak gile weh! nak cerita semua tak syokla kan? baik korang gi tengok sendiri.



balik dari tengok wayang tuh ingat nak terus balik sekali bila lalu depan apartment abdullah hukum tuh ternampak macam ada satu restoran nih agak cun la.. aku syak restoran tuh baru renovate. sebab sebelum ni macam tak pernah ada pun restoran tu. tambah pulak kereta yang berenti lepak kat situ agak awesome kan? fair lady kot! 

Friday, February 24, 2012

KAVITER 2011/2012

Akhirnya habes jugak Kaviter nih.. sepanjang dua minggu nih serius aku nerves nak tunggu result juri sume.. dan keputusan pun dah dapat..

pelakon harapan wanita : zainab kk7

pelakon harapan lelaki : smith kk5

pelakon pembantu wanita : shima kk11

pelakon pembantu lelaki : lipan kk12

pelakon terbaik wanita : makcik kk1

pelakon terbaik lelaki : azman kk9

skrip terbaik : kk1

pengarah terbaik : kk1

busana dan tatarias terbaik : kk5

set terbaik : kk1

pencahayaan terbaik : kk5

anugerah khas juri : kk11

tempat ketiga : kk9

tempat kedua : kk12

tempat pertama : kk1


as you guys can see, kolej aku takde placing pun tahun nih.. to be honest aku kecewa sikitla. walaupun aku tak berlakon kali ni, tapi aku nampak effort budak-budak halusinasi nih.. semangat! but at least we won 3 awards!! wohoooo!! XD

waktu aku dulu pon even kite orang tempat kedua, award yang dapat pun dua jugak.. so pencapaian kali ni memang sangat-sangat boleh dibanggakan.. and i really proud of you guys! seriously..

so to my juniors, if and only if you read this post, please dont put the blame of our loss to you.. korang dah berusaha sehabis baik kan? so takde maknenye dengan 'pembawa malang' tu.. dah takde rezeki nak buat macam mana kan.. so chill guys! you really did a great job that night.. 

jangan berputus asa.. tahun depan kita akan beraksi lagi. so make sure this time kita kasi GEGAR satu UM! Jyeaaghhh!! 



*nanti gambar mungkin akan menyusul kemudian..

Tuesday, February 21, 2012

Bawek

Dah dua hari berturut-turut aku joging dalam minggu nih. Satu pencapaian yang mantoooop dalam sejarah hidup aku yang memang orang sume dah tau : M.A.L.A.S!!



Sebenarnya banyak kelebihan joging nih.. Antaranya :

- dapat menaikkan seri wajah
- boleh memberi bentuk potongan badan yang kita idam-idamkan selama ini.
- meningkatkan kadar oksigen dalam otak.
- bagi kite lebih cerdas.
- boleh menikmati alam ciptaan tuhan yang indah ni. *bajet waktu lain xleh pulak kan..*
- boleh usha-usha awek/laki yang hot setaff
-bawek pon boleh jugak.. ehhhhh??

cakap pasal bawek nih kan.. semalam aku joging ngan sham.. terjumpala satu pasangan nih.. for your information kedua-dua mereka adalah lelaki okay.. yang sorang tuh memangla pakai macam laki. yang lagi sorang tuh... hmmmm...kalah pempuan! dengan hot pant, rambut brunette paras bahu.. joging same2.. mesra-mesra gitu!

actually aku takde masalah pon ngan dorang nih. tak ambik pedulik pon sebenarnya. hari ni aku joging ngan lyn pulak.. jumpe mereka lagi! dan baru aku perasan.. semalam dorang nih dua-dua pakai baju warna merah.. hari ni warna biru pulak.. takkanla dorang nih couple pulak kot?? *facepalm*

tengok.. berseri je lyn nih! XD
*pen merah pen biru, you marah haa... sambungla sendirik =P

Friday, February 17, 2012

Relik

Hello my dear! sebab aku agak busy, maka x updatela blog yang comel nih.. tapi sebab semalam ada cerita best, kalau x share ngan korang macam rugila pulak kan?

Ok, semalam kolej aku bertanding untuk kaviter (karnival teater). Biasala kolej kite orang memang suka buat citer pelik2.. 

Tajuk teater tahun nih 'Relik : Sebuah Lagenda Berdarah'. Ni dia punya sinopsis..

Gelojoh, tamak, ghairah, cemburu, malas, bangga, dan amarah. Teater ini menceritakan kisah sebuah relik lagenda yang mempunyai kuasa sakti dan mampu menyerlahkan sifat-sifat hitam dalam tujuh pelajar universiti yang menyertai persatuan kerudung hitam iaitu persatuan yang tidak diiktiraf oleh sesiapa. Penemuan relik itu disertakan sekali dengan mantera misteri. Kebangkitan sifat-sifat hitam mereka ini telah menemukan mereka dengan Lady Death, malaikat maut yang membawa mereka ke alam barzakh. Namun begitu, David, salah seorang dari tujuh orang tersebut terselamat dari tangan Lady Death. Apakah yang menyelamatkan David? Saksikanlah Relik: Sebuah Lagenda Berdarah.

Malas nak citer banyak.. nak tunjuk gambar je.. okeh?


lagi gambar sila klik..

Tuesday, January 17, 2012

Mari Berjimba!

hello pretty girls and handsome dude! nak announce skit.. exam gua da habes! wohoooooooo~

haha! berlagak macam dah xde paper dah pasnih padahal banyak je lagi bakal menyusul sem2 akan datang. macam budak2 pulak rase. =P

tapi sem nih tak berape nak bestla.. sebab aku habes awal tapi kawan aku still ade paper nak jawab.. nak berjimba pon tak senang hati. next paper dorang esok.. harap dorang semua boleh buat.. amin!


Monday, January 9, 2012

Undang-undang Karut Lagi Mengarut

Banyak perkara yang agak pelik berlaku di alam nyata. Bunyi macam mengarut, tetapi itulah kenyataannya.
THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.
SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.
SWEDIA :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin daripada kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.
KOREA SELATAN :
* Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pemandu yang ditahan.
SINGAPURA :
* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.
UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.
MEXICO :
* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.
AUSTRALIA :
* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.
YUNANI :
* Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.
KANADA :
* Dilarang menempel plaster luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.
PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.
ISRAEL :
* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.
AMERIKA
ARIZONA :
* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.
ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.
ARKANSAS :
* Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.
CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.
COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan anda ditahan olehnya.
CONNECTICUT :
* Dilarang mencium isterinya di hari minggu.
FLORIDA :
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.
WASHINGTON :
* Dilarang menyusui anak di tempat awam.
macam ni pon ade... hahaha!