Friday, April 1, 2011

Nikon Coolpix L120

Yeay!! Akhirnye berjaya jugak aku beli camera yang dah lame aku idam-idamkan.. Well, aku bukannya anak orang kaya boleh mintak parents belikan itu, ini..

Kenape Nikon Coolpix L120? Sekarang ni kan zaman DSLR.. Belila DSLR.. Beli camera digital biasa buat ape kan? Mesti tu yang akan ade sesetengah orang cakap. Ok, first thing aku bukanlah tak suka DSLR. Suka.. Cuma dia terlalu besar untuk aku yang kecik nih. Pastu berat.. So, dalam fikiran aku nak yang kecik comel lote je.. Takpela, rupa dia pun ade rupa DSLR jugak ape.  Huhu~

Berbaloi jugak beli camera nih. Dengan harga hanya sebanyak RM773, aku dapat camera (of course la), 2 memory card 8gb, mini tripod stand and beg untuk camera yang ala-ala DSLR tuh.. Cuma versi lebih kecik. Kamera ni dahla 14.1 megapixel, ade HD movie pulak tuh.. Tambah pulak dengan 21x optical zoom. Gambar memang cantik toksah nak cakapla kan.. Pokoknya, memang berbaloi-baloilah!!



 Dan akhirnye, inilah yang aku idam-idamkan.. Impian sudah menjadi kenyataan!! Woohoooo~

Terima kasih banyak-banyak dekat Sam, kerana telah support aku dengan sungguh-sungguh sehingga berjaya jugak aku belik camera ni.. Sam!! Sayang kau lebeh ar!! :P

Sam yang ceria!!
p/s : ini bukan April Fool yer? Aku tak sambut..

1 comment: