Wednesday, July 6, 2011

Di Suatu Hari Yang Tenang...

Di suatu hari yang tenang, seperti biasa aku melaksanakan tugas aku sebagai cashier. Tapi kali ni bukan di dalam Metrojaya. Tetapi di luar. Dekat Void 2, antara south court dengan centre court. 

Memandangkan hari ni begitu tenang, maka customer yang datang pun amat tenang sekali. Aku yang sudah penat berdiri ni pun lalu mengambil keputusan untuk duduk sahaja. Sambil kepala memandang ke lantai dan kaki di ayun-ayunkan, aku bagaikan terbuai oleh perasaan ingin lena.

Tatkala aku hampir terlena, aku telah disapa oleh promoter yang menjual perfume di situ.

 " Kak, customer mau bayar kak."

Sepantas kilat aku bangun dari tempat duduk. Sekali macam pernah ku lihat customer ini. Mulut pun ringan sahaja mau menyapa. 

"Eh, abang Fazley~"

"Haa.. Ye saya," jawab abang Fazley sambil tersenyum.

Lantas promoter berbangsa cina tersebut pun bertanya "Abang you aa??"

"Eh, bukanla... ni artis! Bang nak tangkap gambar moleh??"

"Hahaha.. Moleh.. Moleh.. "


Ok, tu je..

1 comment: