Sunday, July 10, 2011

Baby-faced Beauty

Baru-baru ni aku layanla satu drama korea nih.. Agak dah lama la aku tak layan citer korea. Last skali citer "You're Beautiful". Cerita yang aku tengah layan sekarang tajuk dia "Baby-faced beauty". Jangan nak salahkan aku kalau semua citer yang aku tengok ada perkataan beauty. Bukan salah aku. Sape suruh pengarah dia buat tajuk citer ada beuty kan?? Hahaha!! Dah menyimpang dah aku nih..

Okla.. Saje nak buat review skit pasal citer nih.. Aku rasa citer nih sweeeeeeeeeeet sangat! Kalau akula jadi heroin dalam cerita ni homaigod bestnye!


Sebelum aku buat review, meh aku kenalkan pelakon-pelakon dia.. Yang utama jela eh?

Jang Nara sebagai Lee So Young

Choi Daniel sebagai Choi Jin Wuk

Ryu Jin sebagai Jin Seung Il

Kim Min Seo sebagai Kang Yun Seo

Ceritanye macam nih.. Lee So Young ni bercita-cita nak jadik designer. Tapi sebab tahap pendidikan dia tak tinggi jadi susahla untuk dia nak capai cita-cita dia tuh. Kebetulan pulak adik dia dapat tawaran jadi model kat syarikat designer. Tapi adik dia tak pegi. Sebagai ganti, Lee So Young pun menyamar jadik adik dia. Tipu nama, tipu umur. Semua kerja yang dia buat memang superb la kan.. Sampai akhirnya dia terpaksa buat pengakuan bahawasanya dia dah tipu semua orang. Sepanjang dia bekerja kat situ, Choi Jin Wuk ni la orang yang paling rapat ngan dia. Comel and sangat sweeeeeeetttt!! Aku nak laki cam dia! Please~ Please~



Jin Seung Il tuh pulak presiden kat syarikat tuh. Dia nih pun suka dekat Lee So Young jugak. Biasala cerita korea. Mula-mula hero pertama ngan kedua suka dekat heroin kedua, ending cerita mesti dua-dua hero suka kat heroin pertama. Korang perasan tak?

Nak dijadikan cerita, Lee So Young nih suka kat Choi Jin Wuk yang 7 tahun lebih muda dari dia! So, banyakla halangan berlaku. Yang presiden nih pulak umur sebaya. So takde masalahla.. Yang masalahnye sebab Kang Yun Seo nih suka kat si presiden tuh. Sebab cemburu punya pasal, sampai sanggup sabotaj hasil kerja Lee So Young. Last-last dia berenti kerja.

Aku sangat suka cerita nih! Sangat-sangat suka! Sweeeeet~ Aku berguling-guling atas katil tengok cerita nih. Kalau korang tak suka yang sweet-sweet tak payah tengok.

Mane boleh nak cerita semua kan? Cerita skit-skit sudahla.. Korang kalau nak tengok ape lagi? Download segera kat MediumQuality nih.. Bagusla blog dia.. Aku suka! 

2 comments:

  1. jambu aaaa korea. tak macho. hindustan la best hehehehe

    ReplyDelete
  2. hero citer nih x jambu.. die comel! hahahaha

    ReplyDelete