Thursday, April 14, 2011

Ring Ring Ring Banana Phone~

Ring ring ring ring ring ring ring banana phone

Ring ring ring ring ring ring ring banana phone
I've got this feeling, so appealing,
for us to Get together and sing. Sing!

Hahahaha!! Tetibe je aku jadik gila  sebentar dengan lagu nih.. Ini semua gara pegi view blog Lyn.. Pastu tambah best, boleh pulak terlayan video nih...




Hahahaha!! Comel giler.. Sepanjang hari ni, maksud aku semalam.. Memang dok nyanyi lagu ni jela.. Dari dalam kelas, keluar kelas, rehat, makan, masuk kelas balik, balik.. Itu jelah lagu yang aku nyanyi..

Sampaikan bile malam aku, Lyn, Syindut buat keje kat bilik Lyn.. Memang tu jelah lagu yang boleh menggembirakan hati kite orang.. Asal tension sikit je, mesti nyanyi ring ring ring ring ring banana phone!!

Macam tadi, dah pukul 12 lebih dekat pukul 1 pagi jugakla.. Kita orang pegi tandas, pastu Syindut keluar last skali.. So, aku dengan Lyn pon dengan bersahaja nak menyergah si Syindut nih.. Sekali die keluar tandas nyanyi ring ring ring ring ring ring banana phone~

Aku yang asalnye nak sergah "WAAARRGGGHHHH!!!" terus jadi "WAHAHAHHAHAHAHAHA!!!". Gelak sampai nak pecah perot.. Ya Allah!! Tak tahan! Seriusla.. Korang maybe tak paham kot.. Tapi korang cube ade kat situasi aku.. memang aku pasti korang akan gelak je sepanjang hari kalau nyanyi lagu nih.. hahaha!

Ring ring ring ring ring ring ring banana phone
Ding dong ding dong ding dong ding bonana phone
It grows in bunches, I've got my hunches,
It's the best! Beats the rest!
Cellular, Modular, Interactivodular!

Nak lyric lagi pergi google sendiri..  :P

Saturday, April 9, 2011

Twin Towers @live 2011 Awesome!!


Tarikh : 8-9 April 2011
Tempat : KLCC
Masa : 6pm - 1.30 am (Ade break yer waktu solat. Jangan risau)
Artis :
Yuna, Bunkface, The Azenders, Wondergirls, Hoobastank (8 April 2011)
Joe Flizzow, Mizz Nina, Colby O'Donis, The Earth Wind & Fire Experience featuring Al McKay
 (9 April 2011)

Thursday, April 7, 2011

World Wetland Celebration Day

Hari aku jadi kanak-kanak

Hari tu aku daftar untuk join benda ni.. Actually aku tak tahu apa-apa pon pasal World Wetland Celebration Day ni.. Aku daftar pon bersebab.. Sebab apa?? Haaa.. Tu tak bolehla bagi tau. Biarlah rahsia. Ahaks! Yang aku taw benda ni nak kena tanam-tanam pokok bakau camtulah..

Tapi bila sampai sana takde pon tanam pokok sebenarnya. Just kutip sampah around mangrove area tuh, pastu test air.. Tahap kebersihan air tu macam mana. Tapi kat magrove area tuh takde gambar sebab takde sape bawak. Takut jatuh, rosak. Sambung cita pasal aktiviti. Yang paling best, aktiviti ni banyak budak sekolah! So, bila aku duduk ngan diorang automatikla aku nampak macam budak sekolah kan.. Aku kan awet muda.. Hahahaha~

Friday, April 1, 2011

Nikon Coolpix L120

Yeay!! Akhirnye berjaya jugak aku beli camera yang dah lame aku idam-idamkan.. Well, aku bukannya anak orang kaya boleh mintak parents belikan itu, ini..

Kenape Nikon Coolpix L120? Sekarang ni kan zaman DSLR.. Belila DSLR.. Beli camera digital biasa buat ape kan? Mesti tu yang akan ade sesetengah orang cakap. Ok, first thing aku bukanlah tak suka DSLR. Suka.. Cuma dia terlalu besar untuk aku yang kecik nih. Pastu berat.. So, dalam fikiran aku nak yang kecik comel lote je.. Takpela, rupa dia pun ade rupa DSLR jugak ape.  Huhu~

Berbaloi jugak beli camera nih. Dengan harga hanya sebanyak RM773, aku dapat camera (of course la), 2 memory card 8gb, mini tripod stand and beg untuk camera yang ala-ala DSLR tuh.. Cuma versi lebih kecik. Kamera ni dahla 14.1 megapixel, ade HD movie pulak tuh.. Tambah pulak dengan 21x optical zoom. Gambar memang cantik toksah nak cakapla kan.. Pokoknya, memang berbaloi-baloilah!!



 Dan akhirnye, inilah yang aku idam-idamkan.. Impian sudah menjadi kenyataan!! Woohoooo~

Terima kasih banyak-banyak dekat Sam, kerana telah support aku dengan sungguh-sungguh sehingga berjaya jugak aku belik camera ni.. Sam!! Sayang kau lebeh ar!! :P

Sam yang ceria!!
p/s : ini bukan April Fool yer? Aku tak sambut..

Wednesday, March 30, 2011

Shhhhh!!

Aku ada benda nak cerita kat korang.. Setiap kali bila satu tempat tu bising, macam mana korang nak bagi senyap?? Mestila korang akan cakap 'shhhhhhhh!!' kan?  'Shhhhhh!!' tu ape maksudnye? Mestila nak suruh senyap betul tak?


Haaa... Tapi hari ni aku belajar perkara baru. Kalau ikut culture orang arab, 'shhhh!!' tu maksud die kurang ajar. Benda ni biasanya kita hanya akan cakap bila marah je. Lebih kurang macam mencarutla kat sini.

Patutla bila time kelas dynamics je time sume orang bising, pastu lecturer masuk, bile ade orang buat 'shhhh!!' terus lecturer tu pandang macam nak makan orang! Lecturer tu orang arab la kan.. Serius aku takut setiap kali dia pandang macam tu.. Macam nak telan je orang yang buat 'shhh!!' tu.. Baru sekarang aku paham kenapa. dah tak pasal-pasal budak yang buat 'shhhh!!' tu kena hantar sampai 3 report. 



Tula.. tak sangkakan? Benda yang sama tapi banyak mana. Kalau kita, 'shhhh!!' tu maknenye senyapla kan.. Diorang punya maksud pulak lain. Dah tak pasal-pasal aku dapat dosa sebab mengata lecturer tu bila pandang orang menakutkan macam setan. Sorry lecturer!! Waktu tu saya tak tahu maksud dia.. huhu~



Monday, March 28, 2011

LCCT Oiii~

Hari ni bersamaan dengan 27 Mac 2011, akhirnye mak and ayah aku balik dari honeymoon. So, aku pun pergila amek diorang kat LCCT. Diorang dijadualkan landing pukul 2.30 camtuh.. So, aku pun keluarla dari rumah  pukul 12 tengah hari sebab takut jem, and takut sesat.. Ok, tipu.. Aku tak takut sesat langsung waktu tu sebab ada GPS. Aku dok  pikir nak g merewang jap kat LCCT tuh nanti.. haha!

Selepas top-up touch n go and isi minyak full tank, aku pon sambungla perjalanan bersama nenek dan adek tersayang.  First time kot drive ke tempat yang aku tak taw jalan. Nasib baik ade GPS. Hasilnye?? Tak sesat langsung! Hebat tak? Haha! Hebatkan?? Baik cakap hebat!

Tapi aku guna GPS phone jela..

Pas dah sampai tu adela dalam sejam lebih lagi aku tunggu parents aku. Tunggu punye tunggu tak nampak-nampak. Aisy! Kate kul 2.30, ni pukul 3 lebih pun x nampak lagi.. Tapi takpe. Demi kasihku kepada kedua ibu bapaku, maka aku tunggu jua dengan penuh sabar.. Chewah! Ayat tak boleh bla, aku taw.. =.=



Dalam lebih kurang pukul 3.15 camtu, phone aku berdering. Nama mak aku keluar.  Aku pon angkatla, tapi ayah aku yang jawab. Ayah aku marah sebab tak pegi LCCT dengan adik dia. Risau kalau jadi apa-apa kat aku susah. Sorry abah.. Tapi dah call dah adik abah tu. Dia tak angkat, so pegi jelah sendiri. Huhu~

Mak aku pulak melahirkan perasaan kagum dengan aku sebab boleh pegi sendiri tanpa sesat. Dia kagum sebab first time aku pegi sana.. Kalau dia, bak kate diala mesti tak boleh sampai lagi.. And dia kagum bile tengok aku bayar parking sume pakai touch n go.. Haha! Dia ingat tol je ade touch n go, rupenye parking pon boleh pakai benda alah tu.. Takpe mak, next time kite g jalan sama-sama yer?

this is amazed look ok?

Itu je aku nak cerita, bubuii~

Friday, March 25, 2011

Malam Penghargaan Dayasari (MPD) 2010/2011

Ok, maybe belum terlalu lewat untuk aku tulis pasal nih walaupun dah hampir seminggu berlalu..  Malam Penghargaan Dayasari ni merupakan dinner kolej aku di mana pelajar yang ada berbakti untuk kolej diberi pengiktirafan. Tahun ni kira tahun pertamala aku pergi dinner kolej.. Tapi bukan sebagai tetamu. Aku pergi sebagai ajk yang mengendalikan majlis tersebut.