Saturday, September 26, 2015

Dream Wedding

Semenjak habis belajar ni banyak betul wedding invitation sana sini. Boleh kata tiap-tiap minggu ada je member nak kawen. Yang tak disangka-sangka nak kawen, yang kita ingat dia forever alone, hah! Yang tula kebanyakannya yang kawen dulu. Alhamdulillah and tahniah ye semua.

Pegi kenduri kawen kawan-kawan ni sedikit sebanyak buat aku rasa tak sabar nak kawen dan selalu jugaklah berangan majlis kawen aku sendiri nanti macam mana. Nak pakai baju macam mana, deco pelamin and khemah macam mana, makeup macam mana, nak pose gambar kahwin nanti macam mana, Tambah-tambah lagi bila tengok gambar kawen diorang. Uish! Bestnyaaaa.. Boleh main pusing-pusing gown, boleh dukung-dukung, peluk-peluk, bajet2 model. So cute!




Pastu ada satu makeup artis ni. Instagram dia Herahelmi. Go check her out! Memang berkenan sangat..Makeup dia nampak sangat natural and cantik gile! Kalau ikutkan hati memang teringin sangat nak amek dia ni jadi makeup artis time aku kawen nanti. Tapi harga dia agak mahal jugaklah. So kurang berkemampuan. Mampu tengok jelah..




Aku sebenarnya takdelah mengimpikan majlis kahwin yang gah sampai kena berhutang bank atau perlu belanja sehingga 2.6 billion. Tapi aku mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna. Baju kahwin yang cantik dan boleh buat aku nampak kurus serta tinggi, disamping jejaka idaman disebelah, Makanan yang sedap dan cukup untuk semua orang, Family aku semua dapat berpakaian dengan tema warna yang sama. Semua orang yang datang nanti pun happy2 je. Cuaca pun baik seperti meraikan hari bahagia aku. Chewah! Pelamin untuk bergambar pun nak yang simple tapi cantik dan boleh bergambar dengan ramai orang. Yang paling penting semua perbelanjaan kahwin adalah cash dan mengikut kemampuan. Say no to hutang! Aku tengok generasi zaman sekarang ni terlebih berani. Sanggup pinjam dan berhutang demi nak nampak gah. Boleh amek hutang 2 tahun semata nak merasa pakai Iphone! Eh. Kalau teringin bebenor nak pakai iPhone, berjimat serta menabunglah dari kecik macam Kak Ros. Dapat sebijik cincin idaman dia. Kehkeh!


Thursday, February 26, 2015

24



Hari ni dah 26 Februari. Minggu depan dah hari jadi aku. Sekejap je dah nak 24 tahun weh. Belajar dah habis tapi kerja tak dapat-dapat lagi. Ada offer hari tu gatal pi tolak. Konon nak rehat dulu. Weh dah 24 weh. Rasa dewasa sungguh! Setiap tahun aku mesti wish satu benda ni untuk hari jadi aku. Tak pernah termakbul lagi. Bila tahun nak termakbul tu taktaulah. Apa benda? Mana boleh bagi tau. Wish kena buat senyap2 *dengan harapan ada orang tahu dan faham*. Jadi untuk kali ni, Aku berdoa agar wish aku tu termakbul. Amin.

Wednesday, January 21, 2015

Braces : Price of Beauty Part 4

Assalamualaikum. Hai semua! Fuhhh.. akhirnya berjaya jugak menamatkan degree dengan jayanya. Jaya ke? Harap-harap jayalah. Aku rasa aku dah buat yang terbaik. So, hopefully takdelah paper yang kena repeat ke apa. Toksey toksey! Tak sanggup dah nak menghadap paper exam lagi weh. Btw, ini gambar masa last day exam hari tu. Semua nampak happy kan. Yang paling happy akula kot sebab dah tak perlu ambik exam dah. Muahahaha!!

Cilok dari Instagram je

Sekarang balik kepada tajuk cerita kita. Genap dah sebulan aku pakai braces, So tadi pergi balik ke PPUM untuk tukar band dan ketatkan wire. Oh sangkaanku selama ini salah belaka. Rupanya klinik kerajaan pun boleh pilih-pilih warna hokey. Tapi warna yang dia offer warna basic jelah. Merah, biru, hijau, kuning, oren, purple, ape tah lagi. Dan takde warna-warna pastel. Semua terang-terang belaka. Since aku dah beli band sendiri, aku mintak doktor tu pasangkan band yang aku beli tu je. Warna light purple.

Sebulan ni, apa yang aku nampak berubah kat gigi aku ialah gigi atas memang dah totally straight. Cuma ruang yang rongak tu memang lambatlah nak tertutup. Tapi tak mengapa. That's the price of beauty. Chewah! Yang gigi bawah pulak, masa mula-mula dulu yang belah depan ni straight, gigi yang tepi dia mcm ke bawah sikit. Tapi lepas sebulan ni, yang tepi tu still sama, yang depan ni dia macam senget pulak. Dia senget sebab dia macam nak tarik gigi aku ke atas. So slow-slow nanti dia mestila straight balik kot?

Pengalaman selama sebulan ni jugak, aku rasa takdelah sakit pun pakai braces ni. Dia sakit adala dalam dua-tiga hari je. Pastu dah boleh makan nasik berlaukkan ayam seperti biasa. Sakit lagi time pakai getah separator biru tu. Dua minggu tak merasa nasik. Rasa nak pengsan tau tak? Mula-mula pakai braces ni rasa pelik gile mulut weh. Macam takleh nak tutup. Asyik terbukak je. Dahtu sebab aku dah rongak, makanya tak bolehla nak senyum tayang gigi seperti selalu. Nak senyum tak nampak gigi pun ta boleh sebab keadaan mulut yang masih pelik. Ala-ala macam baru lepas disuntik botox gitu, urat mulut kau semua masih tegang. Pelik gile kot bila senyum tutup mulut! Tapi gambar kat atas tu dah sebulan pakai braces. Barula boleh nak tutup mulut. Kalau tak nak buat mulut cenggitu pun tak boleh tahu? Rasa terseksa. Ulser pulak jangan ceritalah.. Selalu muncul kat bibir bawah. Sebab asyik tersekat dan termasuk celah braces.

Dan sekarang aku perlu belajar untuk kawal pemakanan sebab kalau silap makan, maka habislah lekat celah-celah braces sisa makanan tersebut. Oleh kerana itu, aku sentiasa prepare dalam bag berus gigi interdental, floss, dan cermin kecik. Tak lupa juga mineral water. Dan juga wax untuk cover besi braces tu supaya tak luka dan untuk elak ulser.

Dari kiri : wax, interdental brush, cermin kecik dan floss


Jadi itulah saje setakat ini. Terima kasih =)

Sunday, January 4, 2015

2015

Selamat tahun baru dan selamat hari jadi buat abah tersayang yang masih muda, masih belum menginjak usia 50, masih hensem, masih segak bergaya dan masih dalam hati ada taman. Hikhik. Semoga terus sukses dalam bisnes dan murah rezeki serta dikurniakan kesihatan yang baik.



Ok, jadi untuk tahun 2015 ini saya berazam untuk :
- Menamatkan pelajaran. Hopefully grad tahun ni.
- Cari kerja dekat area Gombak or KL/PJ.
- Belanja family makan kat tempat best.
- Cuba fulfill segala bucket list yang terkumpul.
- Tukar status.

p/s : Buat azam senang-senang je sudahlah. Karang menangis takut tak tercapai. Yang susah-susah tu jadikan motivasi untuk terus maju ke hadapan. Gittew.

Wednesday, December 17, 2014

Braces : Price of Beauty Part 3

Semalam akhirnya pasang jugak braces ni. Dan since dia kerajaan, aku tak boleh nak pilih-pilih warna elastic ligatures nak pasang kat braces tu. Wuuuwuuu (nangis sikit). Doktor tu bagi aku warna kelabu. So, memang nampak macam pakai besi sepenuhnyalah. Sama je warna dia. 

Mula-mula pakai semalam aku tak rasa sakit ke apa. Tapi lepas 2-3 jam, sakit tu mula datang. Macam berdenyut-denyut je rasa gigi ni. Rasa nak luruh satu persatu gigi. Time pakai separator hari tu rasa macam gigi ditolak-tolak. Yang ni rasa macam gigi ditarik-tarik. Dan yang paling tak bestnye mula-mula pakai braces ni adalah mulut kau macam susah nak tutup. Sebab ada benda pelik kan kat dalam mulut ni. Kadang-kadang mulut kau tersangkut kat besi tu. Jadi kau kena herot-herotkan sikit muka kau supaya mulut kau kembali ke keadaan asal. Weh, yang ni memang aku sendiri pun geli tengok muka aku. Hahaha!

Doktor cakap aku punya treatment ni adalah untuk menutup balik ruang cabut gigi hari tu. Dan bakal memakan masa selama setahun. Kalau progres cepat, maka insyaAllah cepat lagi. Tapi since ni hospital kerajaan kan, yang beratur pun mesti ramai. Aku takut kalau kena jumpa 2 bulan sekali je. Kalau 2 bulan sekali lambatlah nak cantik gigi den. 

Ok, itu saja kali ni. Bertemu kembali di lain waktu. Adios!

p/s : Aku tengah cari elastic ligatures. Sebab teringin jugak nak gigi warna warni. So, sape-sape yang tau, ada kawan yg jual or mana nak cari, please please please. Let me know. Iols nak beli.

Anda mungkin berminat untuk membaca Braces : Price of Beauty Part 2

Wednesday, December 10, 2014

Braces : Price of Beauty Part 2

Last week aku dah cabut seperator biru kat gigi tu. MasyaAllah sumpah lega gila bila cabut sebab dia sakit! Tapi 2-3 hari sebelum cabut tu, memang separator tu pun dah longgar. So, lepas cabut tu dia pasangkan pulak braket besi kat geraham belakang aku ni. Tapi yang ni x sakit pun maybe sebab memang dah ada ruang antara gigi tempat dia taruk separator hari tu kot. Yang x bestnya braket ni, aku asyik tergigit pipi je. Sikit-sikit tergigit, sikit-sikit tergigit. Rasa annoying gila. 

Dan baru semalam, akhirnya aku boleh ucapkan selamat tinggal kepada dua gigi susu yang comel. Sobs! Sebelum cabut gigi tu adala dalam sejam jugak kena tunggu giliran. Doktor kata datang pukul 9. Tapi klinik kata cabutnye start pukul 10 pagi. Giliran aku sampai pukul 10.15. Pastu kena interview macam2 dengan student dental ni. Pernah sakit tak? Ada penyakit itu ini tak? Mak bapak ada sakit apa? Etc. Dalam lebih kurang pukul 11.00 pagi tu diorang kena present kat doktor betul. Lepas present tu baru start taruk bius. Pastu barula cabut. Frankly speaking, aku suka jugak student yang buat. Sebab diorang baru lagi. Bila budak baru ni, biasanya dia lebih berhati-hati dan lebih lembut bila buat kerja. Cuma possibilty untuk buat salah tu mungkin lebih tinggi la kot tapi aku tak risau sebab doktor tu tengok diorang ni buat kerja. Ada skali tu doktor tu nak tunjuk cara grip gigi yang betul supaya mudah cabut. Tang tu je aku dah rasa wuish! Ganaihnya doktor oi! Bila dia pas balik kat student tu, aku yang rasa lega. 

Sebelum

Selepas (mmg xlah nak tunjuk gambar rongak. kuikuikui)
Erm.. ok babai gigi susu dan selamat datang wahai ugly rongak face. Weh, aku sampai tak tahu nak rasa apa. Rasa malu ada, kelakar pun ada. Tapi lebih kepada malula. Semalam balik dari klinik gigi, aku pakai topeng. Yela, dah rongak kot. Kalau lelaki pun tau malu bila rongak, inikan pulak perempuan. Time balik dari beli makanan ada sorang budak ni datang kat aku tanya. 

"Akak, kenapa pakai topeng? Sekarang bukan jerebu pun." 

"Akak tak sihat la dik (tipu sunat)."

"Yeke? Akak tengok kita. Sihat je." (sambil menjilat-jilat aiskrim beliau) "Akak sakit apa?", sambung budak tu lagi.

"Akak batuk selsema. Kena pakai topeng. Nanti virus ni kena kat adik baru tau! (tipu sunat lagi)"

"Ohhh," kata budak tu sambil ikut aku sampai ke pintu lif. Aku dah malas nak layan dia.

So sekarang korang dah tau aku xde gigi, jangan sibuk nak membahan. Aku tampar sekor-sekor kang! Orang hodoh ni memang sensitip tau! Aku serius ni. Minggu depan dah boleh start pakai braces. Aku harap cepat2lah sikit gigi aku ni tersusun cantik. Penatlah nak malu hari-hari.

p/s : Ini adalah kesinambungan dari Braces : Price of Beauty Part 1

Friday, November 7, 2014

Braces : Price of Beauty Part 1

As student UM yang memang sayang gila kat UM ni, aku sukala jugak menggunakan segala kemudahan yang UM dah sediakan untuk student (kecuali library - pergi time dekat nak exam je. hehe). Salah satu kemudahan yang UM offer adalah klinik gigi untuk para mahasiswa mahasiswi dekat PPUM. Aku ni kira pengunjung tegar jugaklah klinik gigi UM ni. Setiap 6 bulan sekali mesti aku pergi. Sejak dari first year lagi okay. 



Masa first year dulu doktor tu cek-cek biase skali ngn scaling je. Bila dah masuk second year, dia tengok gigi aku macam pelik. So, doktor ni pun suruh aku pegi x-ray gigi. Bila dah x-ray barula dapat tau yang rupa-rupanya aku ada DUA lagi gigi susu. DUA! Mana tau tu gigi susu? Canal root dia kecik daripada gigi-gigi lain. Dahla yang gigi susu tu kat depan pulak tu. Kalau kat belakang takpe lagi. Nak tambah cerita lagi, kalau tengok x-ray tu, memang takde gigi kekal in case gigi susu aku tu jatuh. Peh! Memang rongak la weh. Itu masalah pertama. Yang kedua pulak, gigi taring aku tumbuh kat tempat yang x betul. Sepatutnya dia tumbuh kat satu tempat belakang dari tempat dia tumbuh sekarang, tapi ni dia tumbuh betul2 kat sebelah gigi yang tengah ni.

Jadi, doktor tu pun suggest aku untuk daftar buat braces untuk betulkan balik benda-benda yang tak betul ni. Time tu aku 2nd year eh. Dah final year kat UM ni barulah akhirnya dia panggil aku untuk start buat upacara orthodontic ni. Waktu mula-mula dulu, dia ukur berat, tinggi, ambik gambar dari setiap sudut muka aku nak tengok macam mana bentuk muka kita time tu, ambik gambar close up gigi. Lepas tu dia amek mold gigi kita untuk tengok rupa gigi kita sebelum pakai braces. Time ni seksa sekejap aku, sebab bila dia taruk mold tu (macam plasticine) rasa susah gile nak bernafas. Macam segala saluran pernafasan kau tersekat. Tapi sekejap jelah. Dalam a few seconds sementara nak bagi mold tu mengeras.

Contoh Mold Gigi - Gambar ihsan Mr Google
Disebabkan kes aku ni macam complicated jugaklah kot (mana ada orang umur 23 tahun ada gigi susu lagi kan?) makanya doktor tu bagi aku beberapa option untuk buat braces ni.

Option 1
Cabut gigi susu, pasang artificial tooth. yang kena screw tu. and then pakai braces untuk bagi allign. 
Pro : Gigi kau akan tetap nampak cantik walaupun masa mula-mula pakai braces. Sebab semua full. (ingat yang gigi susu aku ni kat depan)
Cons : Kau kena jaga extra care, dengan brush yang super special and mahal for the rest of your life sebab ni bukan gigi betul,

Option 2
Cabut gigi susu, pakai braces sampaila tertutup segala ruang dan rongga yang berkenaan. 
Pro : Since, gigi aku punye alignent takdela teruk sangat jadi macam sekejap je rasanya nak bagi align tu. Dan sebab takde pakai artificial tooth, cara penjagaan pun lebih mudah. Macam biasa je kata doktor.
Cons : Aku kena bertahanla rongak sekejap. Kat depan pulak tu. Haih..

Ada lagi tapi aku ingat dua ni je. Dan aku pilih Option 2. Ya, aku sanggup menaggung malu seketika. Biarkan.. Janji aku tak payah nak beli berus mahal tiap-tiap tahun. 

Lebih kurang sebulan kemudian, aku dipanggil semula untuk taruk getah separator kat gigi. Dan sekarang aku still pakai seperator ni lagi. Baru 3 hari. Separator ni fungsi dia adalah untuk bagi ada ruang antara gigi supaya mudah untuk pakai braces nanti. Baru hari ketiga pakai separator dan dah 3 hari tak mampu nak makan nasi or benda-benda yang keras. Even sayur pun tak mampu nak telan weh! Sumpah sakit dia sampai ke tulang belakang rasa. Menangislah kiranya pakai benda ni. Aku memang menangis serius tak tipu. Bayangkan, gigi aku semua rapat-rapat. Tetibe ada benda asing kat celah-celah gigi geraham kau kiri kanan atas bawah, Rasa macam gigi tu menolak-nolak antara satu sama lain. Memang sakit sampai aku jadi sedih bila tak dapat makan. Aku beli panadol actifast tak jalan.. Beli ubat sakit gigi hurix ni pun sama je. Macam takde efek je.

Itu gigi saya. Nampak tak gigi taring tu? Nampak tak separator tu? Yang warna biru celah gigi belakang tu.
Sekarang masih dalam proses nak biasakan diri. Lagi 2 minggu nak bukak getah ni. And then baru pakai braces. Semoga lepas ni cantik-cantiklah gigi aku. Dan betullah kata orang, nak pakai braces ni mental kena kuat. Sakit wo!

Nantikan part-part berikutnya. Sekian, terima kasih.

Saturday, September 20, 2014

Bucket List

Things I love :

1. Surprises. I love surprises.
2. Jetski and all marine sport activities except banana boat
3. Romantic dinner
4. Spacious house but not a mansion
5. Eat fancy food. I love to try new things.
6. Extreme sport but I sucks
7. Theme park
8. Swimming. Basically I love water because I'm a Pisces.
9. Spacious car
10. Romantic acts


Things I wanna do before I die :

1. Skydiving
2. Paragliding / parasailing
3. Honeymoon at Maldives 
4. Travel to Europe and around the world.
5. Build a snowman
6. Be in anti-gravity state,
7. Meet Dr Mahathir and shake his hand.
8. Witness the beautiful of aurora lights and shooting star.
9. Attend to Dir En Grey concert.
10. Visit Mecca.

*will update later

Thursday, November 21, 2013

Final Year Project



Jam kat laptop ni menunjukkan tepat pukul 2 pagi. Tak perlulah screenshot. Sila percaya sekarang adalah 2 pagi. Selalu waktu macam ni memang aku dah terbongkang dah tido. Kadang2 mulut mungkin ternganga sikit. Jadi apa aku buat sampai sekarang tak tido-tido lagi?


Ye ye ye dan ye. Aku tengah buat rajin. Konon-konon buat FYP. Tapi aku lagi banyak melanguk pikir ape bendala siot nak tulis nih. Nak buat ayat pun tak reti. Dahla english pun waktu matrik dulu band j-pop je. Eh? Ade ke band tu? Ni nak tulis tesis kena 100% english. Memang broken carca merba la jadiknye. Department aku ni pun macam tau2 je tahap english student Universiti Malaya ni macam mana. Dia siap boleh tulis dalam guideline tu  "Please check your English by your good friends before submission / presentation!". Siap tanda seru lagi kau..


Satu lagi yang aku tak puas hati sebab nama thesis ni Final Year Project. Macam mana kalau orang yang buat thesis ni bukan final year? Macam mana kalau dia extend? Dah tak jadi dahla "final year" project tu. Logik kan?


Ok, sekian sahaja cerita karut pada pagi buta ni.

Friday, October 4, 2013

Grad

semalam tengok senior2 konvo. bestnyela hai.. tahun depan pulak tengok kosmet sendiri konvo. aku punye konvo? aku dah grad dah tahun lepas. HAHAHAHAHAHAHAHA k, tak lawak pon. bai.


kredit gambar untuk kak piqa :)

Wednesday, August 7, 2013

Dah Mula Berkumandang

pejam celik pejam celik dah sebulan dah kita berpuasa rupanya. kali ni punya puasa rasa macam cepat je. rasa macam baru je 8 hari lepas kita start puasa. macam eh?? dah nak raya dah? weeehooo~

mungkin sebab praktikal kot. bila ada kerja makanya terasala macam busy ye dok? tu yang rasa cepat je masa berlalu. bulan puasa kali ni aku dapat rasakan kelainan dia dari bulan2 puasa tahun sebelum ni. tahun ni first time aku berbuka puasa kat masjid. selama ni aku tak tau pun boleh bukak puasa kat masjid. maksud aku kalau ambik bubur lambuk petang2 tu taula ade. tapi berbuka tu memang serius tak tahu.

jadi tahun ni kire first time lah.. best jugak berbuka kat masjid nih. makanan sedap. dan yang paling penting, FREE! muehehehe. tapi lepas dah makan janganla terus chow. pegila maghrib dulu paling2 pun. lagi bagus, kalau terawih sekali kat masjid tu. lagi barakah gittew~

ramadhan kali ni sempatla jejak 3 masjid nih.

masjid tnb (dekat dengan UM)
ni yang paling selalu aku pergila since ni yang paling senang dan yang paling dekat dengan UM. kat sini memang ramaila student UM yang datang berbuka. lauk dia sedap2. solat kat sini pun best. tapi pernah sekali tu aku pergi berbuka makcik yang jaga kat situ asingkan pulak budak UM duduk kat luar, bukan UM duduk dalam. aku dah macam pelik. kenapa kena asingkan? tapi still best.

lauk berjenis2. siap aiskrim lagi. huhu

masjid al-ghufran (dekat dengan tempat kerja)
adalah 2-3 kali jugak berbuka kat sini. tapi sejak dah jumpa jalan lain yang lagi cepat nak sampai UM, x lalu dah kat sini. makanya x pergi dah. tapi alhamdulillah. semalam sempena hari last terawih, aku sempat terawih kat sini. pada aku, masjid ni yang paling best pernah aku pergi. time berbuka, buka dengan teh o dan bubur lambuk. pastu solat maghrib. lepas maghrib baru makan berat. so, xdelah perasan penat,  masalah malas atau perut senak atau terlalu kenyang sampai tak boleh solat ye dok? huhu. lepas terawih pulak ada moreh. moreh dia bukan setakat sejenis dua makanan. berjenis2! semalam first time pegi terawih situ. untuk moreh je ada samosa, nasi goreng, pisang goreng, apam balik nipis dan tebal, teh o dan teh susu. hamek kau! orang2 kat sini pun ramah, imam dia pun baca surah pendek2 je time solat. bukan nak cakap surah panjang2 tu tak bagus. tapi kat sini kebanyakannya makcik2 dan nenek2 yang datang. jadi, kalau surah panjang sangat kesianla pulak diorang nak kena berdiri lama.




masjid sultan salehudin al-ayubbi (dekat dengan rumah)
sekali je pegi. sebab alang-alang nak balik rumah, jadi apa kata kite singgah dulu kan.. kat sini bubur lambuk dia sedap wooo!


bab makanan, semua pun awesome. masing2 pun memang sedap. ni esok nak raya. lagu raya pun dah lama berkumandang. baju raya, kasut raya apa bende pun aku tak beli lagi nih. korang dah?


p/s : mampu lagi tak aku nak dapat duit raya tahun ni agak-agak? =P







Saturday, June 1, 2013

EDM Innovation Exhibition

terasa macam dah hampir dah cita-cita nak jadik engineer bila join bende nih. Engineering Design and Manufacture (EDM) Innovation 2013 ni actually project untuk student third year yang ambik subjek Industrial Design.

Tajuk : EDM Innovation Exhibition 2013
Tarikh : 29 Mei 2013 (Rabu).
Masa : 9 am - 5.30 pm.
Tempat : Tingkat 2, Blok D (Blok Penyelidikan, BP) bertentangan blok J, Fakulti Kejuruteraan
Dianjurkan oleh : Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan

dia yang bagusnye pasal bende ni sebab dia boleh tingkatkan daya kreativiti budak2 ni macam mana nak invent atau menginovasikan sesuatu benda. ada banyak jenis projek dan prototaip. dan setiap satunya adala dia punya fungsi masing-masing. ni antara hasil kreatif student2 cad/cam manufacturing.








dan ini pulak projek group aku. kite orang buat Flood Detection System. buat benda yang simple macam ni pun ambik masa sampai setahun kot nak pikir macam mana dia nak function, kelebihan dia, ciri-ciri yang dia perlu ada untuk mengikut kehendak pelanggan. tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.



tahniah kosmet! kita dah selangkah menuju wawasan. hahaha




p/s : doakan aku jadi engineer yang berjaya ye kawan2? muahh!!

kredit gambar dekat kosmet yang bawak kamera hari tu. 

Saturday, April 6, 2013

Tak Kisah



takda apa pun sebenarnya. cuma nak meluahkan rasa je. aku agak semua ni berpunca sebab aku selalu sangat tak kisah bila orang buat ape2 kat aku. 

nak pinjam barang? haa.. ambikla.. tak kisah.. 
nak mintak tolong? boleh.. tak kisah..
nak keluar jalan tapi tak ajak aku? tak kisah. tak amik hati pun..
nak makan pun tak ajak? takpe.. nanti aku makan sendiri. tak kisah..
buat aku macam patung, macam aku tak wujud kat situ? takpe.. tak kisah..

agaknye sebab aku selalu sangat tak kisah, maka orang pun mula tak kisah jugak kot kan? buat keputusan sendiri. takda tanya aku langsung. takda kisah pun apa yang aku rasa. langsung tak kisah. mungkin kan? 

p/s : biasala manusia nih. bila perlukan kita baru reti nak carik. kalau tak haram nak ingat.

Wednesday, February 27, 2013

Baik Cepat



dari tahun lepas lagi aku dok kalut (ok tipu je) nak pergi kursus kawen sebab dengar cerita kononnya tahun ni punye kursus kawen bakal di extend masa sampai seminggu. sekarang ni 2 hari je. tup tup bila dah masuk tahun baru, still sama je 2 hari..  tapi awal bulan ni dengar lagi ura-ura cakap memang masa kursus kawen ni bakal di extend. maka, aku pun teruslah register. dah selamat dah pun kursus kawennya minggu lepas. orang yang conduct kursus kawen tu pun memang cakap yang modul akan ditukar. masa pun akan bertambah. cuma tak tahu bila. insyaAllah dalam tahun ni jugak. oleh itu kepada korang2 yang belum daftar lagi kursus kawen, silalah berbuat demikian cepat2. kalau lambat, masa makin panjang, yuran pun makin mahal. ye dok?


p/s : sekarang yuran pun dah RM80. cube bayang kalau seminggu berapa ratus?

Sunday, January 27, 2013

Cuti Seminggu



habes exam, cuti pun start. cuti sebulan patutnya. tapi untuk budak2 halusinasi, cuti 2 minggu jelah. lagi 2 minggu tu nak kena praktis, prepare untuk karnival teater bukak sem nanti.

bosai hoi! aku baru cuti seminggu nih.. tak buat ape pun.. kadang2 jeles jugak tengok bebudak nih amboi kemain best lagi cuti pegi thailand, singapore, indonesia, korea, hong kong.. paling koman pon, genting, cameron, cherating.. aku? dok rumah, dok kedai, makan, tido, layan tenet. tu jelah kerja aku tiap2 hari. sigh..

x sabar nak tunggu minggu depan! nak balik um dan.. dan.. kite enjoy! hahaha

Monday, December 31, 2012

Down and Gloomy



Ya Allah.. kuatkanlah semangat hambaMu ini.. Macam2 jadik dalam x sampai seminggu pun. Lepas satu, satu lagi, lepas tu satu lagi benda nak jadik. Aku percaya setiap yang berlaku ni pasti ada hikmahnya. Setiap ujian yang Allah bagi ni, pasti ada tujuan. Allah beri dugaan sebab yakin kita boleh survive dugaan yang dia bagi. Aku percaya tuh. 

Cuma dugaan kali ni datang banyak2 sekali gus. aku pun tak pasti aku cukup kuat ke tak untuk tempuh semua ni. Tapi, yang paling aku sedih bila aku tahu ada insan lain yang lebih tertekan dengan ujian nih, dan aku tak dapat tolong pun. Aku hanya mampu mendengar dan katakan sabar. Such a disappointment.

Aku harap benda ni akan settle tak lama lagi. Harap sangat! 

Sunday, December 2, 2012

Dark Dark Sunday



hai, assalamualaikum. hari ni terase macam nak menaip. so, aku pun mula menaip. blog ni sebenarnye satu persinggahan je. dah tak sama macam dulu. dulu semua aktiviti aku taip kat sini, sekarang semua aku update kat twitter. lepas tu aku akan rase kenape perlu nak taip benda yang sama. yela, kisah hidup aku pun bukannya menarik mana nak kongsi dengan semua orang.

tapi hari ni aku terasa nak menaip pun bukan sebab nak cerita sangat kisah hidup aku. aku just nak bagi tau aku sihat. aku happy macam biasa.  alhamdulillah, aku masih dikurniakan kekuatan untuk terus hidup.. eceyh! bunyi mcm depress gila sebelum ni kan? hahah!

aku bagi tau nih sebab ada orang yang bertanya. so aku bagi taula.. yang xnak tau, xpayahla ambik tahu. pointnye skrg nih, aku nak cakap aku sihat. just malas nak update benda sama kat byk2 tempat. tapi kalau ada benda yang aku rasa patut kongsi dengan semua orang, aku akan share. insyaAllah.

p/s: terima kasihla sudi melawat blog picisan nih.

Saturday, October 13, 2012

Craving For Foooooooooooddddd

semenjak dua menjak nih kemain lagi penyakit mengidam aku menjadi-jadi!  bukannya ada anak dikandung pun nak mengidam-mengidam bagai nih.. tapi bende ni semua memang normal untuk perempuan-perempuan yang suka makanan macam aku!

sebenarnya kalau aku nak pegi makan, boleh je nak dapatkan semua bende aku nak nih kat midvalley. bukannya jauh mane mane ponggg.. 10 minit drive dah sampai. tapi masa.. masa tu takde! sob.. sob.. T.T

what i'm craving for??

1. Sumptuous Durian Pancake

ehmahgerddddddd!!!! serius craving ngan bende alah nih.. hari tuh keluar ngan rumate nak beli bende nih. tapi waktu nak try2 je, so beli 2 ketul jela. makan sorang satu. pastu esoknye datang lagi! tapi malangnye dah habes la pulak.. then sampai sekarang tak datang2 dah..

soft smooth crepe loaded with creamy real durian fillings! yummeyh!
2. Beard Papa's Cream Puff

pehhh! yang ni dulu makan at least 2 minggu sekali.. tapi sekarang dah dekat setahun tak makan!! macam mane tak craving weh?? 

aku tengok gambar je pon dah terliur.. pehhh!
3. Sushi King

yang ni lagilaaaaaaa.. dulu masa sushi king ade kat tingkat atas sekali mid valley tu memang selalu sgt2 aku beli! tiap2 kali lalu mesti nak beli! kalau 2 kali aku lalu, maka dua kali jugaklah aku beli.. muahahaha!! nampak sangat tipu. tapi semenjak yang kat atas tu tukar dengan kedai ape ntah. tinggal kedai yang kat bawah tu je.. aku macam malas sikit nak beli.. kesudahannye aku craving.. T.T

golden ball : telur rebus ngan sayur je pon. apahal sedap sangat ntah.
4. Pavlova / Meringue Alexis

yang ni memang desserts yang agak eksklusif la jugak.. mahal kot.. sepotong sampai rm15! tapi.. tapi.. dia sedappppp.. aku penah makan 2 kali je kat alexis nih. sekali dtg makan pavlova, sekali datang makan meringue pulak.. rupa dua-dua bende nih lebih kurang je.. bezanya meringue kurang manis. pavlova tersangatlah manisnye.  tapi, tahap kesedapannya is really hard to denied. untuk orang yang sweet tooth macam aku nih sukala.. haha! amek kau bahasa rojak aku guna.

it just awesome! tapi boleh makan time tengah ada duit jelah.

aku rasela.. kalau aku datang midvalley. dalam tangan ada rm50, rm50 tu boleh habes kat makanan je.. lepas ni nak mencarik geng memburu makanan pulak.. >.<

Monday, September 3, 2012

The Cube

kat fak aku sekarang dah ada tempat yang cool liao! baru tengok tadi.. nama tempat nih The Cube. ingatkan untuk staff je rupenye student pun boleh guna. nice! nice! pasnih bolehla buat discussion ke ape kat sini.. cewah! macam ye ye je kan?





nak tengok gambar lagi boleh klik kat sini. :)

Sunday, September 2, 2012

Video Menggamit Kenangan :)


dulu waktu kecik2 selalu belajar guna tape yang ada cikgu nih.. ni kalau sape yang waktu kecik2 tak pernah tengok video yang cikgu ni ajar memang agak kesianla jugak.

ntah kenape tadi tadi aku nak tengok movie 2012. pasangla cd cetak rompak yang adik aku beli tahun lepas. sekali bukak-bukak, cd belajar budak tadika ni pulak.. dari nak marah terus tak jadik nak marah. bukan aku je.. sekali ngan mak bapak aku semua excited sebab video ni sangat2la menggamit memori.. cewah! macam klasik fm gitu!

nah.. sila layankan..


 
Mentari dah bersinar
Ayam pun sudah berkokok
Mari kita ke sekolah
Siapa dulu tiba

Melihat kamu ketawa
Cikgu turut gembira
Pagi cikgu, pagi muridku
Mari kita belajar


Yang tidur masa belajar
Rugikan diri sendiri
Mata pandang papan hitam
Tapi akalmu di pantai

Jikalau malas belajar
Esok kau kan menyesal
Pagi cikgu, pagi muridku
Mari belajar

Buangkan sikap malasmu
Mulakan azam baru
Pagi cikgu, pagi muridku
Mari kita belajar.

i miss my childhood so much! sian adik bongsu aku tak pernah tengok video nih..