Wednesday, December 10, 2014

Braces : Price of Beauty Part 2

Last week aku dah cabut seperator biru kat gigi tu. MasyaAllah sumpah lega gila bila cabut sebab dia sakit! Tapi 2-3 hari sebelum cabut tu, memang separator tu pun dah longgar. So, lepas cabut tu dia pasangkan pulak braket besi kat geraham belakang aku ni. Tapi yang ni x sakit pun maybe sebab memang dah ada ruang antara gigi tempat dia taruk separator hari tu kot. Yang x bestnya braket ni, aku asyik tergigit pipi je. Sikit-sikit tergigit, sikit-sikit tergigit. Rasa annoying gila. 

Dan baru semalam, akhirnya aku boleh ucapkan selamat tinggal kepada dua gigi susu yang comel. Sobs! Sebelum cabut gigi tu adala dalam sejam jugak kena tunggu giliran. Doktor kata datang pukul 9. Tapi klinik kata cabutnye start pukul 10 pagi. Giliran aku sampai pukul 10.15. Pastu kena interview macam2 dengan student dental ni. Pernah sakit tak? Ada penyakit itu ini tak? Mak bapak ada sakit apa? Etc. Dalam lebih kurang pukul 11.00 pagi tu diorang kena present kat doktor betul. Lepas present tu baru start taruk bius. Pastu barula cabut. Frankly speaking, aku suka jugak student yang buat. Sebab diorang baru lagi. Bila budak baru ni, biasanya dia lebih berhati-hati dan lebih lembut bila buat kerja. Cuma possibilty untuk buat salah tu mungkin lebih tinggi la kot tapi aku tak risau sebab doktor tu tengok diorang ni buat kerja. Ada skali tu doktor tu nak tunjuk cara grip gigi yang betul supaya mudah cabut. Tang tu je aku dah rasa wuish! Ganaihnya doktor oi! Bila dia pas balik kat student tu, aku yang rasa lega. 

Sebelum

Selepas (mmg xlah nak tunjuk gambar rongak. kuikuikui)
Erm.. ok babai gigi susu dan selamat datang wahai ugly rongak face. Weh, aku sampai tak tahu nak rasa apa. Rasa malu ada, kelakar pun ada. Tapi lebih kepada malula. Semalam balik dari klinik gigi, aku pakai topeng. Yela, dah rongak kot. Kalau lelaki pun tau malu bila rongak, inikan pulak perempuan. Time balik dari beli makanan ada sorang budak ni datang kat aku tanya. 

"Akak, kenapa pakai topeng? Sekarang bukan jerebu pun." 

"Akak tak sihat la dik (tipu sunat)."

"Yeke? Akak tengok kita. Sihat je." (sambil menjilat-jilat aiskrim beliau) "Akak sakit apa?", sambung budak tu lagi.

"Akak batuk selsema. Kena pakai topeng. Nanti virus ni kena kat adik baru tau! (tipu sunat lagi)"

"Ohhh," kata budak tu sambil ikut aku sampai ke pintu lif. Aku dah malas nak layan dia.

So sekarang korang dah tau aku xde gigi, jangan sibuk nak membahan. Aku tampar sekor-sekor kang! Orang hodoh ni memang sensitip tau! Aku serius ni. Minggu depan dah boleh start pakai braces. Aku harap cepat2lah sikit gigi aku ni tersusun cantik. Penatlah nak malu hari-hari.

p/s : Ini adalah kesinambungan dari Braces : Price of Beauty Part 1

10 comments:

  1. Sorry I nak tanya, gigi susu yang you cabut tu, you ada implant gigi lain or memang tunggu gigi kekal tumbuh? and, lepas cabut gigi tu you terus pakai braces ke macam mana? kiranya tak kisahlah gigi rongak tp boleh terus pakai braces? sorry for asking but I really to know. Sebab I pu macam youu gigi susu ada lagi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde implan. sebab lagi susah nak jaga. and xde gigi kekal pun yg akan tumbuh. dah tengok xray. so yeah, tahanla rongak sekejap dalam less than 1 year cenggitu. pejam celik je. nanti tau2 gigi dah cantik :)

      Delete
  2. Hi! Nak tanya, kena bayar tak pasang braces? Saya student um jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. untuk cek gigi and treatment semua tu x payah bayar. untuk braces pulak hanya bayar 2 kali sahaja. first masa nak buat mold gigi. lebih kurang rm100. second, selepas pasang braces. rm700 sahaja. kalau kat swasta dah rm4000-rm7000. jimat banyak. servis pun bagus. cuma kena sabar tungu turn la :)

      Delete
    2. Oh yeke. Terima kasih utk info semua tuh :)

      Delete
  3. Hai...saya nak tanya...saya masih student di utm...kalau org luar boleh tak buat braces dkt ppum? Harga dia mcm mana pulak ye? And berapa lama perlu tunggu dr mula2 cek gigi sampai panggilan untuk buat braces?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Farhana, orang luar mmg boleh buat braces di ppum. Tapi x sure harga berapa. Student um kena rm700. Tapi tu tahun 2015. Tahun ni tak sure harga mcm mana. Bab panggilan tu lebih kurang 2 tahun gakla.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete