Semalam akhirnya pasang jugak braces ni. Dan since dia kerajaan, aku tak boleh nak pilih-pilih warna elastic ligatures nak pasang kat braces tu. Wuuuwuuu (nangis sikit). Doktor tu bagi aku warna kelabu. So, memang nampak macam pakai besi sepenuhnyalah. Sama je warna dia.
Mula-mula pakai semalam aku tak rasa sakit ke apa. Tapi lepas 2-3 jam, sakit tu mula datang. Macam berdenyut-denyut je rasa gigi ni. Rasa nak luruh satu persatu gigi. Time pakai separator hari tu rasa macam gigi ditolak-tolak. Yang ni rasa macam gigi ditarik-tarik. Dan yang paling tak bestnye mula-mula pakai braces ni adalah mulut kau macam susah nak tutup. Sebab ada benda pelik kan kat dalam mulut ni. Kadang-kadang mulut kau tersangkut kat besi tu. Jadi kau kena herot-herotkan sikit muka kau supaya mulut kau kembali ke keadaan asal. Weh, yang ni memang aku sendiri pun geli tengok muka aku. Hahaha!
Doktor cakap aku punya treatment ni adalah untuk menutup balik ruang cabut gigi hari tu. Dan bakal memakan masa selama setahun. Kalau progres cepat, maka insyaAllah cepat lagi. Tapi since ni hospital kerajaan kan, yang beratur pun mesti ramai. Aku takut kalau kena jumpa 2 bulan sekali je. Kalau 2 bulan sekali lambatlah nak cantik gigi den.
Ok, itu saja kali ni. Bertemu kembali di lain waktu. Adios!
p/s : Aku tengah cari elastic ligatures. Sebab teringin jugak nak gigi warna warni. So, sape-sape yang tau, ada kawan yg jual or mana nak cari, please please please. Let me know. Iols nak beli.
Anda mungkin berminat untuk membaca Braces : Price of Beauty Part 2
p/s : Aku tengah cari elastic ligatures. Sebab teringin jugak nak gigi warna warni. So, sape-sape yang tau, ada kawan yg jual or mana nak cari, please please please. Let me know. Iols nak beli.
Anda mungkin berminat untuk membaca Braces : Price of Beauty Part 2
HI Wani, bole share tak cost cuci gigi and pasang braces? I interested nk try kt PPUM. Tp i bkn student UM pun.
ReplyDeleteSye pon nk tau costs dia. Bole dtg on weekend ke?
ReplyDeleteCost dia depends. Sebab saya buat as student UM, jadi murah sikit. Rm700 sahaja. Treatment every month is free. Kalau orang luar tak berapa sure. Klinik hanya buka on weekdays sahaja. Mungkin boleh set appointment dulu 😊
Deletekalau student post graduates blh buat harga student x? n how to set appointment?
Delete