Thursday, November 21, 2013

Final Year Project



Jam kat laptop ni menunjukkan tepat pukul 2 pagi. Tak perlulah screenshot. Sila percaya sekarang adalah 2 pagi. Selalu waktu macam ni memang aku dah terbongkang dah tido. Kadang2 mulut mungkin ternganga sikit. Jadi apa aku buat sampai sekarang tak tido-tido lagi?


Ye ye ye dan ye. Aku tengah buat rajin. Konon-konon buat FYP. Tapi aku lagi banyak melanguk pikir ape bendala siot nak tulis nih. Nak buat ayat pun tak reti. Dahla english pun waktu matrik dulu band j-pop je. Eh? Ade ke band tu? Ni nak tulis tesis kena 100% english. Memang broken carca merba la jadiknye. Department aku ni pun macam tau2 je tahap english student Universiti Malaya ni macam mana. Dia siap boleh tulis dalam guideline tu  "Please check your English by your good friends before submission / presentation!". Siap tanda seru lagi kau..


Satu lagi yang aku tak puas hati sebab nama thesis ni Final Year Project. Macam mana kalau orang yang buat thesis ni bukan final year? Macam mana kalau dia extend? Dah tak jadi dahla "final year" project tu. Logik kan?


Ok, sekian sahaja cerita karut pada pagi buta ni.

6 comments:

  1. Dissertation?

    Alahai senang nya.

    Padahal dah habis belajar, memang la cakap senang. Hahahaha

    All the best in facing your enemy. :D

    ReplyDelete
  2. Eh anyway if you need help to proofread your dissertation, I'm willing to help. Sebab dah tau camne rasanya dissertation ni. Dulu perit gak kena dengan lecturer..haha

    ReplyDelete
  3. geng aku jgklah kau ni nawar, tido lambat. apo yg nyomeynyo??

    azwan, yeeee seperti kite.. :/

    zinedine zaiddin, thanks. nak tolong? meh nak tgok tesis? nak jadikan bahan rujukan gittew.. hahaha

    ReplyDelete
  4. @waniey:

    not sure if you wanna refer my thesis....segan wok. kah kah kah

    sat I carik balik kalau hado.

    From: Bila Karipap Boleh Bercakap

    ReplyDelete