Saturday, December 31, 2011

Dilema

Esok hari jadi ayah aku.. So, tadi aku call mak aku sebab ayah aku mesti busy.. Nak uruskan kedai baru, nak cari pekerja lagi, so aku call jela mak aku.. Mak aku cakap esok dia datang UM melawat aku.. And dia buat request jugak..


Dia request aku untuk tolong ayah aku kerja kat kedai baru dia nanti sebagai tanda sokongan lepas exam. Yela, bukan senang nak cari pekerja. Nak kena train lagi. Kerja kat kedai letrik nih kena banyak guna softskill.. Cara bercakap, cara layan customer, cara nak meyakinkan customer semua. 

So, sebagai permulaan mak aku mintak aku dengan adik aku tolong kerja dulu. Sebenarnya aku takde masalah pun nak tolong ayah aku. Problemnye sebab lepas exam nanti aku ada centralized Halusinasi kat kolej.. So sekarang aku kena pilih between my parents and my interest. seriously its a very hard decision to make..

Kalau tak tolong mak ngan ayah nampak macam tak bagi sokongan pulak.. Tapi aku sangat-sangat nak join centralized nih. Sebab pada aku inila time untuk melepaskan segala tekanan yang aku dapat time nak exam nih.. Tekananla sangatkan? Haha! ok, aku bukannya jenis yang cepat tension. Tapi pokoknya aku sangat-sangat nak join centralized nih. 

Dahla tahun ni kekurangan pelakon, and crew untuk drama kite orang.. Nih, kalau aku tak pegi lagi lagi lagi lagila kurang orang yang boleh datang. And kalau aku pegi centralized nih pon tapi tak dapat rest mak ayah, ingat boleh berjaya ke?? Takkan punye..

Ya Allah, bantulah aku.. Korang, any idea??

Sunday, December 25, 2011

Thank You Allah, I Love You Allah

Jumaat lepas aku pegi kem motivasi kat Ulu Yam.. Kem ni sangat ketuhanan.. Inilah first time aku join kem macam ni. Aku sedar, aku tak layak nak berbicara pasal agama kerana ilmu agama aku amatlah cetek. Ya, aku seorang Islam. Tetapi hanya Islam pada nama, bukan pada hati, akal dan fikiran.. Aku tak bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan, berikan segala nikmat untuk aku. Aku sentiasa ada alasan untuk menjauhkan diri dariNya.


Kat kem nila, aku rasa lebih insaf. Maybe bila korang dengar kem ketuhanan nih, first thing otak korang akan cakap "mesti bosan, mengantuk!". Itulah yang aku fikir mula-mula. Hakikatnya, kem ni sangat menarik! Aku tak mengantuk langsung dan tak rasa bosan sepanjang kem ni berlangsung. Banyak perkara "first time" yang aku buat kat sini. Flying fox contohnya.. 

Kalau korang kawan aku, korang akan tau.. Aku bukanlah seorang yang lebih menjurus ke arah keagamaan. Aku lebih sukakan hiburan. Even after kem ni pun, aku masih sukakan hiburan. Tapi kat kem ni, diorang telah buat aku sedar siapa aku. Bayangkan macam mana diorang boleh buat aku menangis ketika menulis surat cinta untuk Allah.. Aku sendiri pun tak sangka. 



Baru aku sedar selama ni terlalu banyak benda yang Allah kurniakan untuk kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Sebab tula kite kena sentiasa bersyukur. Apa salahnya setiap kali kita berjaya melaksanakan sesuatu tu kita sebut " terima kasih Allah". Dan tak salah juga sebelum melakukan sesuatu perkara tu kita minta izin dulu dariNya sebagaimana kita meminta izin dari ibu dan bapa kita.

Aku juga belajar, kalau kita NAK SANGAT sesuatu perkara tuh, insyaAllah Allah akan tunaikan. Sebab bila kita NAK SANGAT kita pasti boleh buat benda di luar fikiran logika. 

The more you give, the more you get. Itulah kata-kata yang patut korang simpan. Kalau korang ada ilmu, sebarkan.. Nescaya ilmu yang korang ada tu akan menjadi lebih mantap. Kalau banyak duit, sedekahkan.. Rezeki pasti akan datang lagi. 


Biasakan memberi salam kerana dalam perkataan salam tu terkandung semua perasaan positif. Semoga bahagia, sejahtera, aman, merapatkan ukhwah.. Semuanya hanya dalam perkataan 'assalamualaikum'. Bila korang lafazkan salam kepada seseorang, secara tak langsung korang doakan perkara baik-baik untuk orang tersebut. Pahala memberi salam pun berkali ganda lebih banyak dari menerima salam. Korang taknak ke pahala free?? Senang je nak dapat pahala ni sebenarnya.. Rajin-rajinlah bagi salam.

Lagi satu, sebelum bertindak tu fikir-fikirlah dulu sebab apa yang kamu fikir, cakap, rasa dan buat, pasti akan jadi!

Terlalu banyak lagi benda baru yang aku belajar kat sini. Dan aku bersyukur kerana Allah telah memilih aku untuk datang kem anjuran MQS ni. Terima kasih Allah, terima kasih juga anda semua.. Doakan semoga keinsafan ini bukan bersifat sementara. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dariNya. Amin.

Assalamualaikum.. =)

Friday, December 23, 2011

Zaman Tengah Nak Membesar

korang ingat tak waktu kecik-kecik dulu??

- pukul 6 petang je mesti bertenggek kat depan tv nak tengok power rangers

- main lawan pemadam.. sape dapat tindan pemadam tuh dia yang menang..

- selalu excited bila dapat ais karen.. pastu buat mulut keluar asap..wahaha!

- takut nak nyanyi lagu cindai sebab takut hantu datang.

- main police entry one two jaga.. suke hati je aku eja kan?

- rase bangga gila kalau dapat henfon.. walaupun sekadar 3310.

Tuesday, December 13, 2011

9gag

oh sekarang aku gila 9gag! and boleh kenal setiap meme dia. ape yang tak disukai and yang disukai kat 9gag nih.. kalaulah exam kat UM nih macam jawab soalan kat 9gag nih, confirm aku dapat 140%!! haha

meme

Monday, December 5, 2011

Nafsu Serakah

Semalam bosan gile taktaw nak pegi mane.. same goes to my room mate.. then she asked me "jom pegi ikea.. nak makan meatball.. dah lama x makan meatball" sambil buat muka konon-konon comel gituw kan.. macam taw2 je tengah bosan kan, so aku pon setuju.. 

dengan gigihnya kami berdua naek train pastu naek bas plak pegi ikea.. akhirnya sampai jugak.. actually kite org ade bagi taw kat sorang senior nih nak pegi ikea.. tapi sebab dia busy so kite org pon takmaula kacau kan.. tetibe waktu kat sana terjumpe dia pulak! cis! cis! cis!

kami and those senioras!

memang rasa nak merajuk jela kan.. nasib baik dia offer nak tumpangkan waktu balik.. tapi last2 bukan dia yang tumpangkan, senior kite orang yang lain yang tumpangkan..

Sunday, December 4, 2011

Truth Or Dare

hari kames lepas entah kenapa aku terasa macam teringin sangat nak g karaoke lagi.. lama gile kot tak karok! so, waktu tengah kelas tuh aku tanyela semua yang duduk kat sebelah aku waktu tuh.. ajak karok sekali.. aku ajak khalis,wan, tenten, jijie, nawar, lyn, syindut sume aku ajak! tapi yang nak peginye wan, khalis ngan jijie je.. yang lain ade hal.. pastuh open skype, ajak si yaya pulak.. so end up kite org berlima g karok semalam..

yaya ni susah nak jumpe.. so seronok bile dpt jumpe.. huhu~

punyela discuss nak g karok mane.. si khalis sampai cakap "aku tak kisah nak g karok kat mane.. janji aku boleh nyanyi".. wan pulak siap bagi tema.. lagu 80-an ngan 90-an melayu je yg boleh.. so balik bilik tuh punyela aku gigih mencari lagu ape yang nak nyanyi.. yela, aku mane layan sangat lagu lama.. tambah pulak nak melayu aje.. lagu baru bolehla lagi kan.. huhu

Tuesday, November 29, 2011

Wifi Yang Pffft!!



Dah berapa hari dah takleh bukak blog2 yang selalu aku baca.. Aku tak tahulah kenape ngan wifi UM nih.. Oops! Silap.. Bukan UM.. Tapi 5th je.. Sebab aku duduk kolej lain elok je boleh bukak semua website.. Kat 5th nih nak bukak Blogserius pon takleh! Bengangla.. Itu wajib bukak setiap hari kot.. kalau tak, stress jadinya.. Haha! Ok, nampak sangat tipu.. Apa pun, kami bayar wifi nih bukan untuk bagi perkhidmatan yang s**ks macam nih.. sory, serius xtahu apa perkataan yang lebih baik nak ganti bintang-bintang tuh.. 

thanks sudi baca =)

Tuesday, November 15, 2011

Terasa Jahatla Pulak

Hari ni bukak facebook dan nampak macam-macam lagi gambar yang pelik2. Tapi apa yang nak dihairankan.. manusia akhir zaman memang macam tuh.. Semalam aku ada post entry pasal perempuan yang nak jadi model half naked.. after a moment i just realized that i shouldn't post something like that.. so aku pun delete post tuh.

Secara tak langsung aku dah memalukan dia. secara tak langsung aku mengajak ramai lagi orang untuk turut bercakap benda yang tak baik pasal budak tuh. secara x langsung aku jugak menjatuhkan maruah dia. sekarang nih aku rasa aku sangat jahat!

mintak maafla kat girl tuh.. =(


Monday, November 14, 2011

Today I'm So Happy Maaaa XD

Hari nih kat UM ada Pesta Tanglung (PTUM). so lepas kelas tadi aku ngan syindut pun singgah la sekejap nak tengok ape yang menarik. jalan punye jalan singgah la sekejap nak tengok hand socks. sekali kena tarik pulak ngan orang yang buat projek health ape kebende ntah.. dia tanya umur aku berape pastu die suruh aku teka umur badan aku berapa.. aku pun dengan yakinnya jawabla umur aku 20.. Dah kate umur 20 kan so aku ingat mestila umur badan aku 20 jugak.. actually aku nak teka 19 tahun tapitakut bila test nanti dapat 25 tahun pulak.. so aku teka jelah umur 20..

then, pegila timbang badan kat penimbang yang canggih tu.. alaaa.. yang boleh kira fat, water dalam badan kite berapa percent tulah.. kira punya kira, dia cakap umur badan aku 16 tahun.. 16 tahun weh!! muda! huhu~ seronok2! tak sia-sia aku buat tips awet muda hari tuh.. XD

yang dalam kurungan tuh umur badan aku yang aku teka.. 16 tuh umur badan aku.. huhu~

then dia cakap lagi.. overall badan aku semua ok.. cuma perlu lebih excercise untuk tingkatkan metabolic rate and lebihkan plant protein dalam badan.

pastuh jalan lagi ternampak pulak kentang king. aku ngan syindut dahla tak breakfast lagi.. tengah lapar pulak tuh. so, kite orang pun sambarla kentang king saiz king punye.. sebab tak banyak duit, so kite orang pun kongsi jelah.. baru nak keluar duit, sekali abang tuh cakap "korang first customer kite orang, so kite orang bagi free je". aku ngan syindut punyela suke bukan main! free tuh.. kite orang pun makan dengan happy..



the end.. =)

Friday, November 4, 2011

Korea!! Here Tenten Comes!!

Beberape hari lepas aku and coursmate pegila kat international student centre kat UM nih sebab ade dengar pasal student exchange ke Korea.. Well, aku ngan Tenten pulak memang penggemar Korea,of coursela teruja, excited bagai semua tuh!



Tambah pulak bila dengar explanation staff kat situ pasal exchange student nih.. bertambah-tambah excited la kite orang.. Bayangkan.. Dahla dapat full sponsor.. Elaun RM3000,tempat tinggal semua ditanggung! kite orang cuma perlu bayar visa (RM96) and 30% untuk tiket kapal terbang.. Kirenye kite orang cuma bayar total around RM300++ je.. Stay kat situ untuk 4 bulan.. Berbaloi kot..



Kite orang ada jugak tanya pasal kos ape yang boleh amek kat situ? Ade ke kos untuk kite orang? Sebab kos aku nih boleh dianggap rare la jugak.. Boleh pulak staff tuh cakap kalau takde kos, amekla kosmetik.. =.= rasa macam nak bagi je.. >.<

Then dia cakap amekla subjek university.. Kiranya nanti balik sini tinggal amek subjek fakulti ngan department jelah.. Sebab exchange kat sana 1 sem, so kenala extend kat sana 1 sem jugak..

Tenten dah call parents dia, boleh pulak parents dia senang2 je bagi.. Aku pulak susah.. Diorang cakap tunggula nanti dah habes belajar baru pergi.. :(



Aku pon redha jelah.. Dah penat pujuk.. Dorang xnak bagi jugak.. So, Korea!! Here Tenten comes!!

Saturday, October 15, 2011

Teater vs Makan

Dah dua hari berturut-turut aku tengok teater.. Semalam tengok Mock Trial kat UIA. Hari nih tengok teater kat panggung Bandaraya. Aku tak tahula kenapa macam agak malang nasib aku.. Dua hari berturut-turut cerita dia bosan gila nak mati! Serius korang boleh tido time tengah show tuh..

Moct trial kat UIA nih pasal konon-kononnya rompakan ala-ala robinhood la.. mencurik untuk bagi kat orang yang lebih susah.. Ceritanya dalam bahasa inggeris. Itu tak jadik masalah pun sebenarnya.. Yang menjadi masalah sebab pelakonnya berlakon macam tengah baca skrip! Pastu tak habes-habes terjerit, terpekik, terlolong.. Duhhh... =.= Bazir duit tiket, duit minyak, duit tol.. Selucah-lucah UM punye Mock Trial pun, aku dok gelak je.. Takdela bosan sampai tahap macam nih.. At least, UM punye funneyh!



Pastu hari nih tengok tetater bangsawan kat panggung Bandaraya. Puteri Selindungan Bulan tajuknye.. Biasanye kalau tengok teater kat sini tak pernah mengecewakanla.. Tapi hari nih entahla.. Cerita dia slow sangat. Bosan, takde sense of humor. Takde gelak.. Boleh tertido jugak.. Untuk orang yang suka genre berat-berat okla kot.. Tapi soryla untuk aku..



Nasib baikla balik dari tengok teater tuh dapat makan sedap-sedap.. So, takdela rasa menyesal sangat.. First day makan kat Steven.. Area danau kota gitu.. nasik lemak ayam goreng, nan cheese.. Serius terbaik!! Hari nih makan western kat HR Steak House pulak.. Murah kot! aku punye makan campur minum gelas besar tuh baru RM12.. Biasa kalau western RM12 tuh untuk makanan je kan.. 

Steven's Corner

HR Steak House

Moral of the story, lain kali pegi makan jelah.. Haha!! Makan sampai gemok.. =D

Tuesday, September 27, 2011

Korean Music Wave

Hari Ahad lepas, lepas aku ngan Tenten pegi beli BB Cream, kite orang pun turun kat Maharajalela, Stadium Merdeka. Nak tengok Korean Music Wave (KMW) punye pasal. Padahal tiket takde! Memang dah rancang nak panjat pagar. Tengok dari jauh pun cukupla..


Sampai sane je, aku terjumpela pulak kawan lame.. Huhu~ Memang bernasib baikla sebab dia pun nak panjat pagar tengok dari jauh macam aku jugak.. Bila kite orang panjat tuh, tengok2 dah ada sorang laki nih kat atas bumbung tuh.. Berkenalanla dengan dia.. Pandai 4 bahasa!! Malay, english, chinese and korean.. First time tengok lelaki melayu yang excited gile nak tengok artis korea macam dia. 

Baik orangnya.. Siap tolong2 lagi sape yang nak panjat bumbung tuh.. Yang paling best, dia sebenarnya dapat tiket RM588 tapi pegi bagi kat tourist Korea. Alasannya sebab kesian tengok tourist tuh minat sangat ngan artis2 yang ada. Baiknyelaaaaa... Ada la jugak beberape kali kite orang kena halau sebab tengok konsert tuh secara haram, tapi kisah pulak kan?? Jauh kot.. Aku macam tengok semut je.. Bukannya nampak pun.. Sebok nak halau.. So, kite orang terus stay je kat situ sampai orang yang nak halau kite orang tuh pon dah penat.

Syahiran
Budak laki tuh namanya Syahiran.. Kalau korang tengok Hitz.tv waktu cuti hari tuh, korang mesti ade tengok kan K-Pop Hitz Talent Show.. Syahiran nih ade join show tuh. Kumpulan Re-Do. Walaupun tak sempat nak kenal lama, tapi aku suka attitude dia. Aku macam terharu kot bila tengok dia turunkan sorang budak kecik yang panjat bumbung tuh lepas tuh tak tau nak turun macam mane..

Moral of the story, aku ngan  Tenten tak menyesallah pegi KMW walaupun dapat tengok dari jauh je.. Sempatla tengok U-Kiss, Beast, Teentop, Big Bang, 4minute.. Yang tak sempat FTisland je.. diorang buat persembahan pembukaan agaknye.. Tu yang Tenten sedih tuh..

Klik 'read more' untuk tengok gambar..

Sunday, September 25, 2011

Etude House

Sekarang nih tengah trend pakai BB cream. Well, actually aku tak tau pun ape tu BB cream. Yang aku taw dia lebih baik daripada foundation. Kebanyakan artis Korea pun memang pakai BB cream nih. Sebab tula kulit diorang nampak cantik je..

So, tadi aku jalan2 ngan Tenten kat Times Square. Saje je jalan-jalan. Lepas tuh masuk Elianto. Kite orang pun tanyalah pasal BB cream. BB cream yang bagus punye harga dia RM69. Lepas penat promoter tuh berceramah pasal BB cream, aku pun kata okla bye jumpa lagi.

Then kite orang jenjalan lagi. Pegi kat Etude House pulak. Untuk korang yang taktau.. Etude House nih jual barang kosmetik jugak. Dan yang paling penting, dia jenama dari Korea!! So, aku ngan Tenten pun tanyalah pasal BB cream. Mahal sikitla.. RM79.. Tapi tersangat-sangatlah berbaloi sebab bukan sekadar dapat BB cream. Ada free gift pulak tuh! Lepas tuh setiap pembelian bernilai RM30, dapat satu stiker yang kalau kumpul boleh dapat voucher bernilai RM50!! Lepas tu, dia punye paper bag punyela comel! >.<' Sape nak bagi?? Elianto memang tak dapatla kan..


BB Cream

Kumpul sticker kat kad nih.. 

Free Gift dia..ada 4 barang kot! berbaloi-baloi~

nampak tak paper beg yang comel tuh?? huhu
So, conclusionnya, aku ngan Tenten amek BB cream tuh sorang satu.. Wohoo~

Saturday, September 24, 2011

Nak Berenang Please~

Dah berapa hari dah aku ngan Tenten rancang nak beli gogle ngan swimming cap sebab nak berenang hari nih. Niat di hati nak jadi lebih sihat dan berstaminala kononnya.. So, lepas zohor tadi kite orang pun pergilah Midvalley. Sekali dengan Lyn.

Punyela rushing. Semuanya nak cepat sebab takut balik lambat. Karang tak sempat nak swimming kang, kempunan pulak. Well, kalau dah namanya perempuan. Biasala, sambil menyelam minum air. Alang-alang nak beli gogle and swimming cap, shopping sekali ape2 yang patut. Hoho!

jadual swimming pool
Balik je dah pukul 5 lebih dah. Semayang asar dulu pastu baru siap-siap. Lagi 15 minit nak pukul 6, aku ngan Tenten dengan semangat yang berkobar-kobar pun terus meronggeng pegi ke pusat renang. Bila nak masuk je sekali pakcik yang jaga pusat renang tuh cakap dah nak tutup. Tak boleh masuk dah. Padahal waktu tutup pukul 6.30..

Kecewa kot! At least, bagila aku celup-celup kaki ke hape.. Kalau aku masuk boleh lagi nak main dalam setengah jam gitu.. Dah, kecewa, aku ngan Tenten pun membawa diri dan hati yang lara nih sambil minum air Bliss. Nasib baik ada Bliss, hilang sikit kuciwa..









memang kecewa habis dah  nih.. :'(

Saturday, September 17, 2011

Meronjeng Kat KLCC

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara.. Baru aku perasan, selama nih aku tak pernah bagi salam kat korang kan?? Btw, semalam Hari Malaysia. So, aku ngan Tenten pun pergila ber-window-shopping kat KLCC. Apeng, kawan kita orang waktu kerja kat Metrojaya tu pon ade jugak.. Kite orang jalan bertiga jela..

Rancangnye nak pegi makan ngan tengok wayang je.. Yela, aku kan tengah sengkek. Purse hilang. Takde kad atm. Xleh keluar duet. So, macam mane nak shopping banyak-banyak kan??

Sampai-sampai je aku ngan Tenten beli tiket wayang dulu takut tak dapat seat yang best. Apeng pulak tak sampai lagi.. So, kita orang belikanla tiket dulu untuk dia. Well, actually kite orang belanje dia.. *ehem2* Saje nak mention kan? Berlagak betol!

Lepas beli tiket, aku ajakla Tenten pegi makan. Aku tak makan dari pagi kot.. Lapar! So, kite orang pekenala subway.. Tak lama lepas tuh, Apeng pon datang. Lepas makan, kite orang gi window shopping skit. Aku pulak memang dari hari tuh nak beli kasut kuliah, tak beli-beli lagi.. Masuk Converse mak aih! Punyela mahal.. Masuk Quicksilver, hurm.. lebih kurang je.. Masuk pulak Billabong, lagila mahal nak tertonggeng.. Masuk Everlast pulak.. tak sangka harga dia sangatla…. Reasonable!! So, aku dengan takde ic mahupun lesen memandu mahupun duit yang mencukupi dengan yakinnya ambik sepasang kasut dan bayar. Lepas bayar terus buat muka bangga.. Ngahahaha!!



Sebelum aku cerita lebih mengarut meh aku cite yang penting je.. Pastu aku tengok Nasi Lemak 2.0.. Serius best! Okla.. Penuh mesej tersirat. Pada korang yang taknak tengok cerita tu sebab Namawee yang punye cite, buangla jauh2 ideologi tuh.. Sebab cerita dia sangat2la 1Malaysia..

Habis je tengok wayang kite orang macam terperasan sesuatu yang baru kat Isetan. Dia dah ada bahagian foodstore!! >.< Masuk je situ alahai~ Rasa macam kat syurga dunia.. Makanan dia banyak dan nampak sedap!! Aku dengan duet yang tinggal cukup makan nih tanpa segan silu beli kek lagi kat situ.. Korang jangan risaula pasal harga dia.. Standard sestandard Secret Recipi je.. Tak mahal! Nama je Isetan, tapi harga dia memang berbaloi-baloi!






nih aku punye..


p/s: silala terliur~


Then makan dekat kat Signature.. Aku amek Tenpayaki, Tenten amek spagetti café Milano, Apeng pulak nasi ayam ngan McChicken.. Suddenly ada promoter DKNY datang promote perfume pulak.. Dahla limited edition, purple pulak tuh! Aku dahla tak boleh tahan kalau tengok barang warna purple nih.. So, sekali lagi setan bisik kat telinga aku, belila, belila.. So, aku pun termakanla pujuk rayu si setan nih.. Maka aku pon belila.. Tenten pon beli sekali!





Lepas tuh kami pon balikla dengan perasaan happy tak terkata.. Sampai bilik, kire duit.. Sengsara..

Wednesday, September 14, 2011

Repot Polis

Batak tak aku?? Batak kan?? Hahaha.. Kisah pulak.. Btw, nila first police report yang aku buat.. Wahaha!! Bangga gile.. Thanks Khalis bawak aku pegi balai, pastu tunjukkan jpj kat mane.. Pasni bawak aku pegi JPN pulak.. Ngahahaha!!