Sunday, December 25, 2011

Thank You Allah, I Love You Allah

Jumaat lepas aku pegi kem motivasi kat Ulu Yam.. Kem ni sangat ketuhanan.. Inilah first time aku join kem macam ni. Aku sedar, aku tak layak nak berbicara pasal agama kerana ilmu agama aku amatlah cetek. Ya, aku seorang Islam. Tetapi hanya Islam pada nama, bukan pada hati, akal dan fikiran.. Aku tak bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan, berikan segala nikmat untuk aku. Aku sentiasa ada alasan untuk menjauhkan diri dariNya.


Kat kem nila, aku rasa lebih insaf. Maybe bila korang dengar kem ketuhanan nih, first thing otak korang akan cakap "mesti bosan, mengantuk!". Itulah yang aku fikir mula-mula. Hakikatnya, kem ni sangat menarik! Aku tak mengantuk langsung dan tak rasa bosan sepanjang kem ni berlangsung. Banyak perkara "first time" yang aku buat kat sini. Flying fox contohnya.. 

Kalau korang kawan aku, korang akan tau.. Aku bukanlah seorang yang lebih menjurus ke arah keagamaan. Aku lebih sukakan hiburan. Even after kem ni pun, aku masih sukakan hiburan. Tapi kat kem ni, diorang telah buat aku sedar siapa aku. Bayangkan macam mana diorang boleh buat aku menangis ketika menulis surat cinta untuk Allah.. Aku sendiri pun tak sangka. 



Baru aku sedar selama ni terlalu banyak benda yang Allah kurniakan untuk kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Sebab tula kite kena sentiasa bersyukur. Apa salahnya setiap kali kita berjaya melaksanakan sesuatu tu kita sebut " terima kasih Allah". Dan tak salah juga sebelum melakukan sesuatu perkara tu kita minta izin dulu dariNya sebagaimana kita meminta izin dari ibu dan bapa kita.

Aku juga belajar, kalau kita NAK SANGAT sesuatu perkara tuh, insyaAllah Allah akan tunaikan. Sebab bila kita NAK SANGAT kita pasti boleh buat benda di luar fikiran logika. 

The more you give, the more you get. Itulah kata-kata yang patut korang simpan. Kalau korang ada ilmu, sebarkan.. Nescaya ilmu yang korang ada tu akan menjadi lebih mantap. Kalau banyak duit, sedekahkan.. Rezeki pasti akan datang lagi. 


Biasakan memberi salam kerana dalam perkataan salam tu terkandung semua perasaan positif. Semoga bahagia, sejahtera, aman, merapatkan ukhwah.. Semuanya hanya dalam perkataan 'assalamualaikum'. Bila korang lafazkan salam kepada seseorang, secara tak langsung korang doakan perkara baik-baik untuk orang tersebut. Pahala memberi salam pun berkali ganda lebih banyak dari menerima salam. Korang taknak ke pahala free?? Senang je nak dapat pahala ni sebenarnya.. Rajin-rajinlah bagi salam.

Lagi satu, sebelum bertindak tu fikir-fikirlah dulu sebab apa yang kamu fikir, cakap, rasa dan buat, pasti akan jadi!

Terlalu banyak lagi benda baru yang aku belajar kat sini. Dan aku bersyukur kerana Allah telah memilih aku untuk datang kem anjuran MQS ni. Terima kasih Allah, terima kasih juga anda semua.. Doakan semoga keinsafan ini bukan bersifat sementara. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dariNya. Amin.

Assalamualaikum.. =)

No comments:

Post a Comment