Tuesday, June 7, 2011

Kepala Hotak Kau!

Dah berapa hari berturut-turut aku pegi cari kerja.. Banyak yang suruh isi form. Nanti dia call balik. Tapi sampai ke sudah tak call2. Rupanya susah jugak ek nak cari kerja nih.. Baru aku taw.

Ada kedai yang aku pegi nampak macam ramai pekerja melayu. So aku dengan yakinnya, masuklah ke kedai tu nak tanya ada kedai kosong lagi tak? Dia boleh pulak jawab "Memang ada tapi nak freehair. Kalau adik boleh freehair, bolehla kerja kat sini". Kepala hotak kau!

Ada jugak kedai yang aku tanya kerja, dia nak cina sahaja. Argghh! Dalam hati aku, racist betol! Kepala hotak kau lagi!!

Aku memang sah-sah la nak keje untuk 3 bulan ni je.. Sementara tunggu habes cuti sem nih baik aku kerja kan? Dah tu, banyak kedai yang aku pegi tuh semua nak kerja long term. Adoyai~

Kalau boleh buat short-term, penuh la pulak.. Tapi dok letak iklan vacancy kat luar kedai. Ceh!

Yang boleh buat short term, pekerja melayu, bertudung semua dah ok, nak kena transfer kat tempat lain pulak. Dah la takde hostel. Transport pun tak disediakan. Habes macam mane nak pegi??

Kalau tak kena transfer pun, gaji dia bagi pulak buat aku kena pikir 2 kali.. Yela, nak bayar sewa bilik lagi, makan, minyak semua sape nak bayar? Sebab tu kena cari kerja yang gaji tinggi. Bukannya nak demand, tapi dah keperluannya macam tu nak wat macam mana?



Aku pegi cari kerja nih ngan Tenten. Apa yang aku rasa, semua dia rasa. yang paling best sekali tadi, kite orang patut ada interview kerja kat Robinsons pukul 7 pm. Kite orang datang awal kot. Baru pukul 6.45 kite orang da sampai. Tunggu punya tunggu sampai 7.30 tak sampai-sampai lagi orang yang interview kite orang. Last2, kite orang pegi semayang maghrib pastu balik terus! Tula, sape suruh buat kite orang tertunggu-tunggu..

Nih, kalau tak dapat jugak kerja nampaknya terpaksala aku balik rumah, kerja kat rumah. Dah tentu-tentu kalau aku dapat gaji, dapat bulat-bulat. Duit makan tak payah bayar,duit sewa lagila tak payah nak risau..


Hurm.. tengokla camne nanti..

6 comments:

  1. macam2.. sume keje.. tapi satu pon x lekat lagi.. ni kalau ade rezeki keje kat gsc la kot..

    ReplyDelete
  2. baris ke-3 : ada kedai kosong lg tak? hahaha lol

    ReplyDelete
  3. haha! xtawla.. esok interview lagi.. harap dapatla..

    ReplyDelete
  4. bagus la.xmemilih kerja..good 4 u

    ReplyDelete