Saturday, December 31, 2011

Dilema

Esok hari jadi ayah aku.. So, tadi aku call mak aku sebab ayah aku mesti busy.. Nak uruskan kedai baru, nak cari pekerja lagi, so aku call jela mak aku.. Mak aku cakap esok dia datang UM melawat aku.. And dia buat request jugak..


Dia request aku untuk tolong ayah aku kerja kat kedai baru dia nanti sebagai tanda sokongan lepas exam. Yela, bukan senang nak cari pekerja. Nak kena train lagi. Kerja kat kedai letrik nih kena banyak guna softskill.. Cara bercakap, cara layan customer, cara nak meyakinkan customer semua. 

So, sebagai permulaan mak aku mintak aku dengan adik aku tolong kerja dulu. Sebenarnya aku takde masalah pun nak tolong ayah aku. Problemnye sebab lepas exam nanti aku ada centralized Halusinasi kat kolej.. So sekarang aku kena pilih between my parents and my interest. seriously its a very hard decision to make..

Kalau tak tolong mak ngan ayah nampak macam tak bagi sokongan pulak.. Tapi aku sangat-sangat nak join centralized nih. Sebab pada aku inila time untuk melepaskan segala tekanan yang aku dapat time nak exam nih.. Tekananla sangatkan? Haha! ok, aku bukannya jenis yang cepat tension. Tapi pokoknya aku sangat-sangat nak join centralized nih. 

Dahla tahun ni kekurangan pelakon, and crew untuk drama kite orang.. Nih, kalau aku tak pegi lagi lagi lagi lagila kurang orang yang boleh datang. And kalau aku pegi centralized nih pon tapi tak dapat rest mak ayah, ingat boleh berjaya ke?? Takkan punye..

Ya Allah, bantulah aku.. Korang, any idea??

Sunday, December 25, 2011

Thank You Allah, I Love You Allah

Jumaat lepas aku pegi kem motivasi kat Ulu Yam.. Kem ni sangat ketuhanan.. Inilah first time aku join kem macam ni. Aku sedar, aku tak layak nak berbicara pasal agama kerana ilmu agama aku amatlah cetek. Ya, aku seorang Islam. Tetapi hanya Islam pada nama, bukan pada hati, akal dan fikiran.. Aku tak bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan, berikan segala nikmat untuk aku. Aku sentiasa ada alasan untuk menjauhkan diri dariNya.


Kat kem nila, aku rasa lebih insaf. Maybe bila korang dengar kem ketuhanan nih, first thing otak korang akan cakap "mesti bosan, mengantuk!". Itulah yang aku fikir mula-mula. Hakikatnya, kem ni sangat menarik! Aku tak mengantuk langsung dan tak rasa bosan sepanjang kem ni berlangsung. Banyak perkara "first time" yang aku buat kat sini. Flying fox contohnya.. 

Kalau korang kawan aku, korang akan tau.. Aku bukanlah seorang yang lebih menjurus ke arah keagamaan. Aku lebih sukakan hiburan. Even after kem ni pun, aku masih sukakan hiburan. Tapi kat kem ni, diorang telah buat aku sedar siapa aku. Bayangkan macam mana diorang boleh buat aku menangis ketika menulis surat cinta untuk Allah.. Aku sendiri pun tak sangka. 



Baru aku sedar selama ni terlalu banyak benda yang Allah kurniakan untuk kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Sebab tula kite kena sentiasa bersyukur. Apa salahnya setiap kali kita berjaya melaksanakan sesuatu tu kita sebut " terima kasih Allah". Dan tak salah juga sebelum melakukan sesuatu perkara tu kita minta izin dulu dariNya sebagaimana kita meminta izin dari ibu dan bapa kita.

Aku juga belajar, kalau kita NAK SANGAT sesuatu perkara tuh, insyaAllah Allah akan tunaikan. Sebab bila kita NAK SANGAT kita pasti boleh buat benda di luar fikiran logika. 

The more you give, the more you get. Itulah kata-kata yang patut korang simpan. Kalau korang ada ilmu, sebarkan.. Nescaya ilmu yang korang ada tu akan menjadi lebih mantap. Kalau banyak duit, sedekahkan.. Rezeki pasti akan datang lagi. 


Biasakan memberi salam kerana dalam perkataan salam tu terkandung semua perasaan positif. Semoga bahagia, sejahtera, aman, merapatkan ukhwah.. Semuanya hanya dalam perkataan 'assalamualaikum'. Bila korang lafazkan salam kepada seseorang, secara tak langsung korang doakan perkara baik-baik untuk orang tersebut. Pahala memberi salam pun berkali ganda lebih banyak dari menerima salam. Korang taknak ke pahala free?? Senang je nak dapat pahala ni sebenarnya.. Rajin-rajinlah bagi salam.

Lagi satu, sebelum bertindak tu fikir-fikirlah dulu sebab apa yang kamu fikir, cakap, rasa dan buat, pasti akan jadi!

Terlalu banyak lagi benda baru yang aku belajar kat sini. Dan aku bersyukur kerana Allah telah memilih aku untuk datang kem anjuran MQS ni. Terima kasih Allah, terima kasih juga anda semua.. Doakan semoga keinsafan ini bukan bersifat sementara. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dariNya. Amin.

Assalamualaikum.. =)

Friday, December 23, 2011

Zaman Tengah Nak Membesar

korang ingat tak waktu kecik-kecik dulu??

- pukul 6 petang je mesti bertenggek kat depan tv nak tengok power rangers

- main lawan pemadam.. sape dapat tindan pemadam tuh dia yang menang..

- selalu excited bila dapat ais karen.. pastu buat mulut keluar asap..wahaha!

- takut nak nyanyi lagu cindai sebab takut hantu datang.

- main police entry one two jaga.. suke hati je aku eja kan?

- rase bangga gila kalau dapat henfon.. walaupun sekadar 3310.

Tuesday, December 13, 2011

9gag

oh sekarang aku gila 9gag! and boleh kenal setiap meme dia. ape yang tak disukai and yang disukai kat 9gag nih.. kalaulah exam kat UM nih macam jawab soalan kat 9gag nih, confirm aku dapat 140%!! haha

meme

Monday, December 5, 2011

Nafsu Serakah

Semalam bosan gile taktaw nak pegi mane.. same goes to my room mate.. then she asked me "jom pegi ikea.. nak makan meatball.. dah lama x makan meatball" sambil buat muka konon-konon comel gituw kan.. macam taw2 je tengah bosan kan, so aku pon setuju.. 

dengan gigihnya kami berdua naek train pastu naek bas plak pegi ikea.. akhirnya sampai jugak.. actually kite org ade bagi taw kat sorang senior nih nak pegi ikea.. tapi sebab dia busy so kite org pon takmaula kacau kan.. tetibe waktu kat sana terjumpe dia pulak! cis! cis! cis!

kami and those senioras!

memang rasa nak merajuk jela kan.. nasib baik dia offer nak tumpangkan waktu balik.. tapi last2 bukan dia yang tumpangkan, senior kite orang yang lain yang tumpangkan..

Sunday, December 4, 2011

Truth Or Dare

hari kames lepas entah kenapa aku terasa macam teringin sangat nak g karaoke lagi.. lama gile kot tak karok! so, waktu tengah kelas tuh aku tanyela semua yang duduk kat sebelah aku waktu tuh.. ajak karok sekali.. aku ajak khalis,wan, tenten, jijie, nawar, lyn, syindut sume aku ajak! tapi yang nak peginye wan, khalis ngan jijie je.. yang lain ade hal.. pastuh open skype, ajak si yaya pulak.. so end up kite org berlima g karok semalam..

yaya ni susah nak jumpe.. so seronok bile dpt jumpe.. huhu~

punyela discuss nak g karok mane.. si khalis sampai cakap "aku tak kisah nak g karok kat mane.. janji aku boleh nyanyi".. wan pulak siap bagi tema.. lagu 80-an ngan 90-an melayu je yg boleh.. so balik bilik tuh punyela aku gigih mencari lagu ape yang nak nyanyi.. yela, aku mane layan sangat lagu lama.. tambah pulak nak melayu aje.. lagu baru bolehla lagi kan.. huhu