Dua minggu sebelum raya hari tuh pekerja ayah aku buat perangai. Dua orang pekerja. Adik beradik pulak tuh.. Itu jela pekerja yang ayah aku ada. Sorang berenti, dua-dua nak berenti. Dah nama pon adik beradik kan.. Dah berenti tu, ayah aku ajakla kawan dia yang bukak cawangan kat area situ jugak jaga kedai dia. Bukan ape.. Kedai kawan ayah aku tu kiranya susah nak hidupla.. So, ayah aku suruh jaga kedai dia je.
Kawan ayah aku nih lagi tua dari dia. Aku bukannya tak suka dia. Dia nih orangnya kalau tengok macam lemah lembut. Cakap pun sopan je.. Takde nak tinggi-tinggi suara. Ok, bende tuh memangla bagus. Tapi yang tak bagusnya terlalu yakin diri. Bila dia cakap macam diala yang hebat sekali. Aku tak berapa suka perangai dia tuh. Kang aku cakap kang, dia tuh dahla kawan ayah aku.
keras kepala |
Ayah aku siap ada hati lagi nak serahkan kedai ni kat dia. Apa kes?? Kalau akula, memang tak setuju langsung! Buatnya elok2 kedai aku nih bolehla nak kata maju. Sale pun boleh tahan, terus bangkrap.. Oh, tidak!
Apa yang buat aku cakap macam tuh? Macam tadi.. Baru je 10 minit tadi. Ada customer datang. Regular customer pulak tuh! Dia datang nak ambik dia punye blender yang rosak. Blender tuh dia dah hantar dari minggu lepas lagi. Kebetulan kawan ayah aku tuh yang serve customer nih. Dia punye cite punyela yakin bende tuh akan siap hari isnin. Same ada siang atau malam je yang tak berapa nak pasti. Cara dia macam fuuuh! Gerenti siap punyelah! Lepas tuh siap bagi jaminan lagi yang customer akan dapat panggilan dari dia sendiri untuk bagi tau blender yang rosak tuh dah siap di repair..
Tup-tup, tadi customer tuh datang. Dia tanya pasal blender dia dan kenapa tak call bagi taw bende tuh dah siap? Hari ni dah hari kames bai.. Janganla buat customer tuh macam tu kan.. Customer is always right.. Yang tak tahan dia boleh pulak marah customer tuh sambil duduk! Duduk!! Biasanya kalau kite datang kedai orang, ada korang nampak orang yang nak layan korang tuh duduk?? Tak kan? Ni dahla bercakap dengan customer tuh sambil duduk. Siap marah-marah pulak tuh.
Dia cakap tuh style dia. Dia memang macam tuh. Memangla customer tuh mengamuk kan? Kalau aku jadik customer tuh pun aku mengamuk.. Bile customer tuh tanya kenapa tak call, dia jawab takde kredit. Perghhh!! Jawapan nak selamat je.. Telepon kedai ada kot.. Kite orang bukanla lokek sangat sampai nak call pun nak kena guna henfon sendiri.. Pakaila telefon kedai. As long bende tuh atas nama business, guna jelah.. Lagi pun logik tak?? Sebagai usahawan dia biarkan telefon die tak bertopup dekat nak seminggu?? Logik ke?
Aku dah tegur dah dia tadi, kenapa marah customer tuh? Customer tuh betul. Kalau dia salah sekali pun, dia sememangnya betul. Engkau tak bolehla nak marah-marah kat customer macam tu.. Bila aku tanya dia balik tadi dia cakap biar jela customer tuh.. Tak payah layan. Cakap tak reti nak cakap elok-elok.. Abes tuh pakcik cakap elok sangatla??
Yang paling sedih bila aku minta maaf kat customer tuh, customer tuh cakap cara layanan kawan ayah aku nih ngan ayah aku sangat berbeza. Dia senang bila ayah aku layan dia. Tapi disebabkan kawan ayah aku nih terus customer tuh cakap " this is the last time.. no more after this and i will not introduce this shop to my friends".. Sedih bai... :(
perghh.. ni pesen nak betul je.. ayoo
ReplyDeletetula.. ikut kepala die je..
ReplyDelete