Thursday, July 28, 2011

Ke-gangster-an Gua!

Semalam aku baru lepas accident.. Accident motor taw! Gangster ke tak gangster?? Okla, bukan tu masalahnye sekarang nih.. Kite orang accident sebab motor tuh tayar pancit. Aku pelik jugak sebab waktu pergi kerja tu, elok je kite orang jalan, siap boleh merempit lagi! Bila nak balik tetibe tayar motor dah pancit. Bukan setakat pancit, leper kot tayar aku!



Keluar je dari tempat parking aku dah rasa lain macam dah motor aku nih. So aku berenti la tepi jalan nak tengok tayar aku. Memang kempis kot! Tapi, sebab kat situ namanya pun tepi jalan. Nak dapat bantuan dari sape kan? So, aku pun jalanla jugak slow-slow. Tapi aku memang boleh rasa, motor tuh memang dah tak boleh bawak dah! Maka, aku pun berentila sekali lagi. At the end, aku decide nak jalan slow-slow. Jalan-jalan sekali motor aku dah melayang ke kiri, ke kanan. Last-last, nah! Amek kau! Accident terus.. Dahla ada kereta kat belakang aku. Nasib baik kereta tuh tak langgar aku. Kalau tak habesla melayang nyawa aku ngan Tenten. Kesian pakwe Tenten nanti menangis.. 

Driver kereta belakang aku tuh pun stop tolong aku. Adala lagi beberapa orang yang naik motor tolong aku jugak. Aku yang tengah terkejut lagi nih pun call la member yang dekat-dekat nih. Dalam otak aku, Izzat jela..  Waktu tengah tunggu Izzat datang tuh, aku ngan Tenten pun bincang macam mana boleh jadi kempis gila tayar aku. Then kite orang dah buat anggapan sendiri dah. Mesti ada orang buat nih.. Tapi taknakla tuduh melulu. Karang jatuh taraf fitnah pulak kan..

Izzat
Beberapa minit lepas tuh, mekanik pun datang. Tengok yang kempisnya tayar belakang. So, mekanik tuh pun repair tayar belakang jela. Langsung tak pandang tayar depan tuh. Sekali bila dah habes repair, mekanik tuh pun dah balik. Izzat terperasan tayar depan aku pun kempis gila nak mati dah. Oh, btw thank you Izzat sebab bayarkan duit mekanik tuh. Sambung balik cerita. So, Izzat bagi aku bawak motor dia, biar dia bawak motor aku yang dah kempis tuh. Izzat, aku terharu sangat tak tahu nak cakap macam mana dah.. Aku nih asyik susahkan orang je.. =.='

Bila dah sampai kat kolej, Izzat pun cakap. Aku rasa ni ada orang sabotaj la.. Biasanya kalau tayar motor pancit, mesti satu je.. Ni dua-dua belah. Macam ada orang dengki je.. So, aku dengan Tenten macam dah dapat agak je sape yang buat dan kenapa dia buat. Takpelah.. kalau benda nak jadi, dia jadi jugak.. Kepada orang yang sabotaj kami tuh (kalau betulla), harap anda bahagia dunia akhirat tambah-tambah lagi bila kau taw kami accident.. Aku hampir patah pinggang ngan tengkuk. Tenten kaki dah tak berapa nak ok dah..

habis gemok dah kaki Tenten..

Thanks sudi baca.

Sunday, July 17, 2011

241543903

Cuba korang taip nombor nih kat google then klik image.. Maka akan keluarlah gambar-gambar sebegini..







Aku dah tau lama dah pasal bende nih.. Cuma aku still tak paham motif nombor tuh ngan gambar2 nih..

Ok,tu ej.. Bye!

Fashion Terbaru!

Alaa... Murah je.. Baru $1,624.. =)



Wednesday, July 13, 2011

Sape Yang Sebenarnye Nih??

Sejak dari hari first aku masuk Metrojaya sampaila ke hari ni.. Da dekat sebulan da kot! Still lagi ade orang yang keliru antara aku ngan Tenten?? Adoyaii~ Tak paham aku.. Muka kami nih sama sangat ke? Kalau setakat nak cakap spek same tuh bolehla terima.. Haha!


Tapi kadang-kadang rasa macam lawak je.. Situasi macam ni Selalu berlaku kat aku ngan Tenten.

"Hai Fatin!" kepada Waniey.
"Hello Waniey!" kepada Tenten.

"Nanti tolong saya sekejap ek Fatin?" 
"Errr.. Saya Waniey..."

Selepas hampir seminggu Tenten jaga kaunter yang sama, keesokan harinye, aku pulak jaga kaunter dia.. Promoter akan tanya..
"You hari-hari jaga sini aaa??"
"Semalam tu orang lain....=.='"
"Ooo.. Ya ka? Muka sama saje."
"....."

Ada satu haru tuh Fatin tak pegi declare voucher. So, orang kat cashier room tu cakap lain kali kena declare. Keesokan hari tuh, sebab terlalu busy aku tak pegi declare voucher. Bila sampai kat cashier room, orang kat cashier room cakap..
"Hai, semalam kan da cakap dah voucher kena declare.."
"Semalam tuh akak cakap kat Fatin"
"Eh, bukan kamu ke??"
"=.='"

Ada sorang supervisor tuh lagi syok! Dengan yakinnye tunjuk dekat aku ngan Tenten sambil sebut..
"Fatin! Waniey! Fatin! Waniey! Fatin! Waniey!"
Padahal sebut Fatin sambil tunjuk kat aku. Sebut Waniey tunjuk kat Tenten.

Ada jugak orang yang begitu berterus-terang cakap aku lebih sesuai dengan nama Fatin. Tenten pulak sesuai dengan nama Waniey. Homaigod..

Nak dijadikan cerita, kalau korang baca entri nih mestila korang taw pasal pakcik annoying tuh kan.. Pakcik tuh pun sekarang asyik tersasul sebut nama aku ngan Tenten. Tapi aku malas nak betulkan.. Malas nak cakap ngan dia.

Persoalannya sekarang nih.. Same ke kite orang nih??




Sunday, July 10, 2011

Baby-faced Beauty

Baru-baru ni aku layanla satu drama korea nih.. Agak dah lama la aku tak layan citer korea. Last skali citer "You're Beautiful". Cerita yang aku tengah layan sekarang tajuk dia "Baby-faced beauty". Jangan nak salahkan aku kalau semua citer yang aku tengok ada perkataan beauty. Bukan salah aku. Sape suruh pengarah dia buat tajuk citer ada beuty kan?? Hahaha!! Dah menyimpang dah aku nih..

Okla.. Saje nak buat review skit pasal citer nih.. Aku rasa citer nih sweeeeeeeeeeet sangat! Kalau akula jadi heroin dalam cerita ni homaigod bestnye!


Sebelum aku buat review, meh aku kenalkan pelakon-pelakon dia.. Yang utama jela eh?

Jang Nara sebagai Lee So Young

Choi Daniel sebagai Choi Jin Wuk

Ryu Jin sebagai Jin Seung Il

Kim Min Seo sebagai Kang Yun Seo

Ceritanye macam nih.. Lee So Young ni bercita-cita nak jadik designer. Tapi sebab tahap pendidikan dia tak tinggi jadi susahla untuk dia nak capai cita-cita dia tuh. Kebetulan pulak adik dia dapat tawaran jadi model kat syarikat designer. Tapi adik dia tak pegi. Sebagai ganti, Lee So Young pun menyamar jadik adik dia. Tipu nama, tipu umur. Semua kerja yang dia buat memang superb la kan.. Sampai akhirnya dia terpaksa buat pengakuan bahawasanya dia dah tipu semua orang. Sepanjang dia bekerja kat situ, Choi Jin Wuk ni la orang yang paling rapat ngan dia. Comel and sangat sweeeeeeetttt!! Aku nak laki cam dia! Please~ Please~



Jin Seung Il tuh pulak presiden kat syarikat tuh. Dia nih pun suka dekat Lee So Young jugak. Biasala cerita korea. Mula-mula hero pertama ngan kedua suka dekat heroin kedua, ending cerita mesti dua-dua hero suka kat heroin pertama. Korang perasan tak?

Nak dijadikan cerita, Lee So Young nih suka kat Choi Jin Wuk yang 7 tahun lebih muda dari dia! So, banyakla halangan berlaku. Yang presiden nih pulak umur sebaya. So takde masalahla.. Yang masalahnye sebab Kang Yun Seo nih suka kat si presiden tuh. Sebab cemburu punya pasal, sampai sanggup sabotaj hasil kerja Lee So Young. Last-last dia berenti kerja.

Aku sangat suka cerita nih! Sangat-sangat suka! Sweeeeet~ Aku berguling-guling atas katil tengok cerita nih. Kalau korang tak suka yang sweet-sweet tak payah tengok.

Mane boleh nak cerita semua kan? Cerita skit-skit sudahla.. Korang kalau nak tengok ape lagi? Download segera kat MediumQuality nih.. Bagusla blog dia.. Aku suka! 

Saturday, July 9, 2011

Kisah Hati

Semenjak dua menjak nih aku taktaulah kenapa, tapi aku suka sangat ngan single terbaru dari Alyah - Kisah hati. Lagu nih gemersik sangat! Aku boleh dengar berulang kali tanpa jemu. Even atas moto tengah nak pegi keje ngan balik keje pun aku boleh nyanyi lagi. Nyanyi bukan nyanyi perlahan-lahan. Kuat-kuat baru masyuk kan?? 


Seronok remy Ishak dapat peluk Alyah.. Haha!

Ok, tu je.. Bye!

Hajat Tercapai

Kalau korang baca entri aku yang aku mengidam dengan entri pasal projek tutttttt tu, mesti korang dah tahu salah satu hajat aku dah tercapai. Hajat apa? Nak makan kimchila.. Tapi malangnya aku tak suka sebab dia masam. 

Hari ni satu lagi hajat aku tercapai lagi! Cube teka pe dia?? Haha.. Tak payahla.. Meh aku bagi tau.. Akhirnya dapat jugak aku merasa Macaron!!! Wohooo~


Nila rupa macaron yang aku beli tuh.. Aku beli dekat kosmet aku.. Sedap weh! Kalau korang nak order, bolehla order macaron nih kat dia.. Cewah! Promote pulak~

Dala sedap, murah pulak tuh! Serius korang takkan rasa rugi. Lainla kalau korang ada kencing manis. Sangat tak digalakkan makan benda nih. 

Cube korang pegi carik macaron nih kat tempat lain. Takkan jumpa punye tempat yang lebih murah dari kawan aku nih.. 10 ketul baru RM15! Kalau blog lain dah berpuluh ringgit dah.. Kalau nak order, bolehla add budak nih kat facebook. Takpun like page nih..


Lagi satu kan... Semalam kosmet aku yang lain belanja aku ngan Tenten makan Kenny Rogers! Aku happy sangat.. Kenny Rogers ni dala sedap, makanan dia sihat pulak tuh. Memang berbaloilah.. Nasib baik orang yang belanje nih laki, kalau tak aku da peluk dah.. Ok, aku tau bunyi dia macam mengada-ngada. Kisah pulak kan..


Ok, tu je. Bye!

Thursday, July 7, 2011

Menyampah Mak Dengar

Semalam time jaga kaunter kat ladies department adela sepasang merpati dua sejoli nila kononnya duduk dekat-dekat situ. Kebetulan pulak time tu takde customer yang nak datang bayar. So, secara tak langsung aku terdengar perbualan diorang nih..

P : Yang, nanti bilew kitew dah kawin nak bagi nama anak apa yew?

L : Erm... Pe katew kite bagi nama dia 'Sayang'.

P : Schuweeet nyew! I suka! Takpun bagi nama dia 'Cinta'. Ok tak?

L : Anak yang ketigew bagi nama 'Kasih' yew?

P : Anak yang keempat pulak 'Manja'~

L : Banyaknyew anak you nak.. Anak kelima pulak??

P : You la decide.. Hikhik!!

=.=' 

Aku rasa nak tempeleng je dua-dua...

Ok, tu je.. Bye!

Wednesday, July 6, 2011

Di Suatu Hari Yang Tenang...

Di suatu hari yang tenang, seperti biasa aku melaksanakan tugas aku sebagai cashier. Tapi kali ni bukan di dalam Metrojaya. Tetapi di luar. Dekat Void 2, antara south court dengan centre court. 

Memandangkan hari ni begitu tenang, maka customer yang datang pun amat tenang sekali. Aku yang sudah penat berdiri ni pun lalu mengambil keputusan untuk duduk sahaja. Sambil kepala memandang ke lantai dan kaki di ayun-ayunkan, aku bagaikan terbuai oleh perasaan ingin lena.

Tatkala aku hampir terlena, aku telah disapa oleh promoter yang menjual perfume di situ.

 " Kak, customer mau bayar kak."

Sepantas kilat aku bangun dari tempat duduk. Sekali macam pernah ku lihat customer ini. Mulut pun ringan sahaja mau menyapa. 

"Eh, abang Fazley~"

"Haa.. Ye saya," jawab abang Fazley sambil tersenyum.

Lantas promoter berbangsa cina tersebut pun bertanya "Abang you aa??"

"Eh, bukanla... ni artis! Bang nak tangkap gambar moleh??"

"Hahaha.. Moleh.. Moleh.. "


Ok, tu je..

Saturday, July 2, 2011

Bulu Ketiak

Cerita ni sebenarnya dah lama. Takdela lama sangat. Tapi jadik masa aku kerja kat Metrojaya nila.. Hari tu aku jadi cashier kat ladies department. Dekat ground floor. Belakang kaunter cashier tuh ade escalator untuk naik.. Sebelah depan pulak escalator untuk turun.. Camne eja bahasa melayu dia ek? Lupakan..

Nak dijadikan cerita, Metrojaya nih kebanyakan orang yang datang shopping kat situ semua loaded-loaded. Metrojaya nih bolehla nak di-rate-kan 4 atau 5 bintang dalam kelas dia. So, korang mesti da boleh bayangkan macam mana rupa customer yang selalu datang kan?

Senang cerita yang datang sini kebanyakannya berpakaian sofistikatedla.. Waktu hari tuh time jaga kat ladies department, adela sorang amoi nih. Dahla tinggi, kurus, cun pulak tuh kan.. Baju pun nampak branded. Aku memang dari jauh nampak dia je, sebab cun sangat kot. 

Tetibe dia datang kat aku, tanya mana escalator nak naik tingkat atas. Aku pun jawablah belakang nih je.. Lepas tuh dia pun "Ooooo.. Belakang ni saja aa?? OK, tengkiu aaa..." sambil mengangkat ketiak beliau yang buat muka aku terus terkejut beruk tengok dia. Mak aih! Lupe nak cukur hape??



Spoil kot! Muka dah cun. Ketiak hancur!!