Thursday, June 30, 2011

Tua, Annoying Pulak Tuh!

Ok, aku taip pasal benda nih bukan sebab aku nih bagus sangat ke hape.. Bukan sebab aku nak tunjuk yang aku ni hot and so whatever.. Aku just nak meluahkan apa yang aku rasa selama 2 minggu aku kerja kat metrojaya nih.. 

Dari awal aku masuk, Mr. Yison (bos aku) dah cakap kat aku kalau ada apa2 hal, sape2 ganggu kerja, kacau ke ape, bagi je taw dia. Aku memang nak buat macam tuh tapi aku tak buat. Sebab apa?? Sebab nanti kalau aku report kang orang lain cakap aku nih mengada-ngadala pulak kan?? So, kesimpulannya baik aku diamkan diri je...

Apa sebenarnya yang buat otak aku gile serabut nih bukan apa.. Hanyalah orang tua yang dah hampir sebaya ngan bapak aku. Aku rasa dia nih annoying sangat sampai akhirnye aku rasa aku dah tak boleh dah nak berbaik dengan dia. 


Tiap-tiap hari asal jumpa je tanya aku da makan belum, tadi buat apa, semalam buat apa, lepas nih buat apa.. Isy!! Rimas tau tak? Dia ingat dia tu hape? Sugar daddy aku?? Kalau pangkat dato' ke tan sri bolehla jugak aku nak pikir nak layan ke tak orang tua tuh. Ni kerja pun gaji tak tetap.. hadoyai~

Lepas tuh dok bahasakan diri dia "abang". Euuuwwww~ Geli dowh! Dah tua tak sedar diri! Pastu sebok nak ajar keluar makanla, tengok wayangla, hapela.. Kau ingat kau sape? Kau ingat aku ni hape? Aku bukannya perempuan yang senang2 kau nak dapat macam tula.. Sorry skit ye?

Yang lagi best, rupanya dia tuh da ade tunang. Kerja kat dalam metrojaya jugak.. Aku bila dapat tau, mengucap panjang aku. Kesian kot kat tunang dia tuh. Punyala baik, sopan santun, setia.. Kau pulak boleh ingat kau tuh makin tua makin laku.. Aku tak pahamla...

Sebab aku dah rasa annoying gile nak mati kat dia, setiap kali dia cakap ngan aku, aku takkan pandang muka dia. Kalau aku pandang pun, dengan pandangan yang marah. Aku cakap ngan dia pun macam nak taknak. Tadi boleh pulak dia tanya " Esok puasa lagi ke tak? Kalau puasa, puasakan sekali untuk abang ye?". Aku pun cakapla nak puasa, puasala sendiri!

aku pon tak taw motif annoying orange nih kat sini.

Lepas tu dia tanya lagi, kenapa marah2? Tak suka kat dia ke? Sebagai kawan pun tak suka ke? Tak baik taw merenggangkan hubungan silaturrahim.. Aku dalam hati dah mencarut-carurt dah. Tapi aku jawab dengan jujur sekali. "TAK!".

Aku tak tahula macam mana lagi nak mengadap dia. Lagi 2 bulan kot... Aku cuma berharap 2 bulan nih berlalu dengan pantas..

Friday, June 17, 2011

Sekarang Dah Ade Keje~ Hahaha!!

Hari Rabu lepas akhirnye berjaya jugaklah aku menjawat jawatan sebagai cashier kat Metrojaya Midvalley. Actually aku lebih harap dapat jadi sales coordinator which dalam bahasa yang lebih mudah difahami ialah promoter. Tapi sebab sekarang ni Metrojaya tengah kekurangan cashier, maka aku ngan Tenten pun dengan rela hati menerima tawaran ni. 



Dari segi yang baiknya, keje ni memang mencabar mental dan ketahanan nafsu. So, secara tak langsung benda ni mengajar kita untuk menjadi orang yang lebih bertanggungjawab.

Yang tak berapa nak baiknye, sekarang ni tengah dekat nak musim raya. Makin hari makin ramai orang yang datang. Tambah pulak Metrojaya sekarang tengah ada promosi. Memang berduyunlah orang yang datang. So, kecenderungan untuk short duit tu memang tinggi la..

Okla, meh nak cite dari mula-mula aku nak dapat keje kat sini. Macam yang aku cite dalam entri ni la.. Susah nak dapat keje kat sini. Dah penat-penat cari keje tuh tetibe kawan aku bagi idea suruh carik keje kat Metrojaya. Sebab dulu dia penah keje situ. So, aku ngan Tenten pun amek jela borang nak kerja kat situ. 

Bila balik bilik, aku tergerak nak tanya apakah itu spouse?? Sebab boleh kate semua form yang aku isi semua ade tulis spouse. Aku ingatkan maksud dia penjaga. So, setiap kali isi borang, setiap kali tula aku letak nama parents aku kat bahagian tuh. Patutla orang taknak amek kite orang kerja. Spouse tu rupa-rupanya pasangan. Tula pentingnya english education...


Esoknya kite orang hantar form tuh. Keesokan harinye kite orang dapat panggilan untuk temuduga. Selang sehari lepas tuh bermulalah karier kami sebagai cashier yang berjaya.. Muahahaha!!

First day aku masuk tak buat apa keje sangatla.. Just duduk dalam cashier room tuh pastu main cop-cop, tulis-tulis dan garis-garis voucher je. Sangat senang!! So, dalam otak aku.. "Oooo... Takdela payah mane jadik cashier nih".

Masuk second day, barula aku belajar jadi cashier yang sebenar. Giler kentanglah! Baru first day, dah ramai berduyun-duyun orang datang.. Semua beli barang mahal-mahal pulak tuh! So, even baru first day aku kenala tunjuk yang boleh jadi cekap. Haaa.. memang cekaplah! Sikit-sikit nak kena panggil supervisor. 

Tapi abang yang ajar aku tuh cakap takpe.. Slow-slow.. Tak payah nak tekan laju-laju sangat. Tak payah nak tunjuk yang awak tuh terror sangat.. Ok, tu aku yang tambah. Tapi aku paham apa yang dia rasa.. Haha! 

Semalam keje 8 jam duduk. Hari ni 8 jam berdiri. Memang sakit lututla wa cakap lu!

Kepada sesiapa yang teringin nak melawat aku tuh mehla ke Metrojaya.. *promote2!!*


Oh, btw kan.. tadi aku jumpa Lisa Surihani.. Klik sini kalau nak tau...

Okla, bye~

Saturday, June 11, 2011

Takde Kerja, Cari Kerja Part 2

Untuk Part 2 ni pulak kite orang pegi Rimba Ilmu kat dalam UM. Taman Botanikal pon ade jugak.. Pastu Dekat Akademi Pengajian Melayu. Erm.. Macam gambar dekat Part 1, untuk Part 2 ni baju warna oren pun tak disengajakan.. Komen anda amat diperlukan..

















Takde Kerja, Cari Kerja Part 1

Dah bosan-bosan cari kerja tak dapat-dapat jugak,akhirnye aku ngan Tenten decide nak buat photoshoot. Tapi buat sendirila.. Untuk Part 1 nih kite orang pilih dekat kawasan konkrit.. And baju checkers.. Actually baju checkers tu tak disengajakan.. Haha! Well, kite orang bukannya pro pun.. So, kalau ade macam korang nak bagi pendapat cara edit yang betul tu silakan la ye?















Tuesday, June 7, 2011

Kepala Hotak Kau!

Dah berapa hari berturut-turut aku pegi cari kerja.. Banyak yang suruh isi form. Nanti dia call balik. Tapi sampai ke sudah tak call2. Rupanya susah jugak ek nak cari kerja nih.. Baru aku taw.

Ada kedai yang aku pegi nampak macam ramai pekerja melayu. So aku dengan yakinnya, masuklah ke kedai tu nak tanya ada kedai kosong lagi tak? Dia boleh pulak jawab "Memang ada tapi nak freehair. Kalau adik boleh freehair, bolehla kerja kat sini". Kepala hotak kau!

Ada jugak kedai yang aku tanya kerja, dia nak cina sahaja. Argghh! Dalam hati aku, racist betol! Kepala hotak kau lagi!!

Aku memang sah-sah la nak keje untuk 3 bulan ni je.. Sementara tunggu habes cuti sem nih baik aku kerja kan? Dah tu, banyak kedai yang aku pegi tuh semua nak kerja long term. Adoyai~

Kalau boleh buat short-term, penuh la pulak.. Tapi dok letak iklan vacancy kat luar kedai. Ceh!

Yang boleh buat short term, pekerja melayu, bertudung semua dah ok, nak kena transfer kat tempat lain pulak. Dah la takde hostel. Transport pun tak disediakan. Habes macam mane nak pegi??

Kalau tak kena transfer pun, gaji dia bagi pulak buat aku kena pikir 2 kali.. Yela, nak bayar sewa bilik lagi, makan, minyak semua sape nak bayar? Sebab tu kena cari kerja yang gaji tinggi. Bukannya nak demand, tapi dah keperluannya macam tu nak wat macam mana?



Aku pegi cari kerja nih ngan Tenten. Apa yang aku rasa, semua dia rasa. yang paling best sekali tadi, kite orang patut ada interview kerja kat Robinsons pukul 7 pm. Kite orang datang awal kot. Baru pukul 6.45 kite orang da sampai. Tunggu punya tunggu sampai 7.30 tak sampai-sampai lagi orang yang interview kite orang. Last2, kite orang pegi semayang maghrib pastu balik terus! Tula, sape suruh buat kite orang tertunggu-tunggu..

Nih, kalau tak dapat jugak kerja nampaknya terpaksala aku balik rumah, kerja kat rumah. Dah tentu-tentu kalau aku dapat gaji, dapat bulat-bulat. Duit makan tak payah bayar,duit sewa lagila tak payah nak risau..


Hurm.. tengokla camne nanti..