Tuesday, May 31, 2011

Entry Khas Untuk Fadzleen Alwi

Nama budak nih Fadzleen Alwi. Aku panggil Lyn je.. Dia ni kan suka sangat corak leopard.  Setiap kali nampak corak leopard mesti excited. Sampai kite orang yang laen pun dah terikut excited sama.. Tapi dia kalau nampak barang corak leopard jerit “leopard!”. Kite orang pulak jerit “Lyn!”.

Lyn


Tujuan aku buat entri nih nak bagi taw yang aku dah beli seluar dengan selimut corak leopard. Haha! Jangan jeles~ :P

Aku memang nak belikan untuk kau tapi waktu tuh tak cukup duit la pulak.. Lain kali kalau aku lalu tempat tuh aku belikan ek? Itu pun kalau stok ada lagila.. Huhu~

blanket

tights (betol ke aku eja tuh?)

Wedding For The Whole Life

Hari Ahad lepas, mak sedara aku akhirnya menamatkan zaman bujangnya selepas hampir 50 tahun single. Aku punyela happy! Lama sangat nak tunggu dia kawen.  Suami dia nih sebenarnya boyfriend die waktu muda-muda baya aku dulu. Tak sangka lepas lebih dari 20 tahun, jumpa balik. Terus bawak ke jinjang pelamin. Oops! Silap.. Takde pelamin. Seumur hidup aku, aku rasa nilah kenduri kawen yang paling simple. Pengantin pun dah tak nampak macam pengantin. Boleh buat keje dapur pulak time kenduri dia tuh. Haha! Baju pun simple sangat! Takde pelamin, takde kompang, takde jalan beriring yang perlahan gila tuh! Semuanya macam biasa. Even pengantin pun buat kerja, layan tetamu semua. Padahal tu kerja kite orang. Haha! Yang paling penting karaoke tetap ade. Tu pun orang yang sponsor. So, walaupun simple, tapi tetap best! Tambah-tambah lagi penantian selama hampir 50 tahun dah berakhir. Harap-harap berkekalan sehingga ke akhir hayat.. J














Projek Kat TUDM, Subang

Seperti yang dijanjikan.. Hari ni aku nak bagi korang tengok gambar waktu aku buat promosi mesin jahit kat TUDM, Subang. Tapi sayangnya gambar aku takde.. Yang best sekali kat sini, boleh tengok tv sepanjang hari kat booth orang lain. Haha!! Sikit jela gambar yang aku amek..



kantoi maen pes..

layan customer

haa.. sampai terlentok-lentok punye penat wat keje kan..


tak ingatla ape ntah budak tadika nih buat kat sini


jahit~

nampak tak budak tuh maen buih??

p/s : Waktu aku tengah wat promosi mesin jahit, adik aku syok pegi Himpunan Sejuta Belia tu.. Jeles siot!!

Friday, May 27, 2011

Sebab Apa??

Okeh, mesti ada yang rindu sebab dah seminggu aku tak berblogging kan?? haha!! (perasan). Sorang dua je yang rindu aku pun jadilah.. Baik korang cakap rindu kat aku. Komen segera kat bawah cakap "Waniey!! Rindunye kat kau!". Cepat! Buat sekarang!

Haha.. Gurau jelah darling.. Actually sekarang aku tengah kerja.. Seminggu jelah tapi. Kat TUDM, Subang. Buat apa? Mestilah mempromote mesin jahit yang boleh dipercayai jenama serta kualitinya.. SINGER, menawan keluarga bahagia~ lalala~

Ok, sejak kena kerja lebih masa ni aku jadik mereng sikit. Sorryla.. Gambar takde lagi buat masa nih.. Nantila aku upload. Tak banyak pon gambar. Ni dapat online pon syukur alhamdulillah la.. Ingat senang ke nak online waktu kerja nih?? Alamak! Terkantoi pulak aku tengah kerja sekarang.. Haha!! Oklah little primadona sekalian, nak sambung kerja.. Buiiii~ Nanti I update gambar yer?? (cepat angguk sambil buat muka excited!)


Friday, May 20, 2011

Aku Rindu Gila Kat Dia!!

Hurm.. Dah lama rasanya aku tak jumpa dia, serius rindu.. Last sekali jumpa sebelum balik cuti sem tulah.. Lepas tu tak jumpa-jummpa dah.. Aku tak tahulah bila lagi kite orang akan jumpa. Maybe bukak sem nanti kot.. Tapi… Bukak sem nanti dia dah pindah. Huuuu~Sedihnye! Aku nak jumpa dia lagi.. Aku rindu sangat kat dia. Aku harap dia pun rindu aku..

Teringat aku perangai dia yang suka menyendiri, suka duduk kat tempat sempit-sempit, bila aku bagi dia makanan, dia nampak happy sangat! Apa yang aku bagi kat dia biasanya mesti habes dia makan. Kite orang kawan dari dia kecik lagi. Dari dia kurus sampai dah jadi gemok.. Maybe dia sedar dia dah gemok dan dia tahu aku tak suka gemok-gemok (aku suka comel-comel je), maka dia pun exercise setiap hari.. Jogging, berlari sampai dia jadi kurus balik. Aku terharu bila dia buat semua tuh.. Huuuu~Bila kita nak jumpa balik Michi? Rinduuu~

Tuesday, May 17, 2011

Projek Kat Rumah Aku

Bukan kat rumah akula.. Tapi kawasan rumah aku.. Penduduk buat projek tahunan untuk taman perumahan kite orang.. Nama projek tuh "Sehari KRT bersama komuniti Desa Melor". Jangan tanye KRT tuh amende sebab aku pon tak taw.. Yela, sejak aku pindah kat rumah ni berapa kerap sangatla aku duduk kat rumah ni kan? So, serius aku tak tahu menahu apa yang jadi kat sini.. Bukannya nak menyombong tapi memang tak tahu.. 

Hurm.. So, untuk projek nih family aku macam biasala mesti join punya nak promote mesin jahit, barang letrik semua kat situ.. Pagi-pagi lagi da kena kejut.. Selalu aku bangun dalam pukul 8.30-9.30 camtuh.. Hari ni aku bangun pukul 7.30 bai! Takpelah, family punye pasal.. Kat situ adala jugak beberapa aktiviti macam pertandingan mewarna, karaoke, band.. Ade yang pakai baju cam artis, tapi suara hampeh! Yang pakai t-shirt ngan track suit jugak yang sedap giler suara.. Orangnya kecik je.. Suara macam Ziana Zain! Huhu~ Silalah layan gambar-gambar kat bawah nih ek??


colouring contest

colouring contest lagi

band

maskot : chipmunk


tapak gerai

budak2 nak silat

pengunjung




Conclusionnya, orang yang datang tak ramai.. So, tak banyakla yang jual.. Hahaha

Sunday, May 15, 2011

A Night With Gorgeous People

Dah dua hari berturut-turut aku ngan Tenten dok angkut barang nak bawak balik rumah.. Yela, da abes sem kan.. Hari Jumaat lepas Tenten tolong aku angkut barang aku.. Lepas tu aku culik dia bawak pegi bbq kat rumah kawan aku yang gorgeous gile meletup habaq hang! haha!! Terserlah ke-over-an di situ..

Aku ngan kawan aku tuh, Che Nabila namanya dan adala lagi beberapa insan yang memang dah lama plan nak buat gathering macam nih.. Tapi asyik tak jadi. So, Jumaat lepas akhirnye jadik jugak.. Lepas aku ngan Tenten masukkan segala harta karun aku dalam kereta, kite orang pun terus bergegas ke rumah Che sebab takut nanti tersangkut kat jam.. Gerak dari UM dalam kul 5 camtu..

Sekali tak jam langsung! Cepat je kite oran sampai.. Pukul 5.40 cmtu kot.. Tapi kan.. Waktu dalam perjalanan nak pegi rumah Che tu, terjumpa pulak benda yang aku rasa teramat-amatlah kelakarnya.. Nak tahu apa dia?? Ni ha... kat bawah ni..


Wahahaha!! Dala nama Ten & Ten.. Funeral service lak tuh! Aku ngan Tenten tergelak-gelak sampai nak pengsan dalam kereta..

Kat rumah Che, aku rasa memang aku agak happyla.. Jumpa balik kawan-kawan lama.. Yang da 4-5 tahun tak jumpe.. Huuuu~ Rindu giler!! Lepas tuh mulala sesi bergambar bagai.. Makan memang menjadi subjek kegemaran la kan! Wahaha!! Pantang dapat makan aku nih.. Huhu~

view dari rumah Che.. cantikkan?

Buat Projek Tuuuttt!!

Entry ni da lama ek.. (kames 12/5/2011)


Hari ni aku ngan Tenten pegi KL Sentral. Tapi kita orang bukan nak pegi tempat yang samela.. Aku nak balik rumah amek kereta. Nak packing barang bawak balik. Tenten pulak nak jumpa dengan kekasih hati.. huhu! Awww~ So shuweet.. :P

Hari ni maybe aku nampak lain sikitla kot.. Sebab biasanya aku akan keluar pakai spek. Kalau pakai contact lens pun takdela nampak besar gedabak sangat.. Biasa aku pakai contact lens yang mcam header ak tuh..  Kenapa aku rasa aku laen? Sebab waktu kat KL Sentral tu aku terjumpa Jae Hong Kim, classmate aku dari Korea. Aku memang sejak awal dia masuk aku dah dalam hati cakap satu hari nanti aku akan tegur dia jugak.. tetiba tadi terjumpa pulak dia. Aku pun panggilla “ Jae Hong Kim! Jae!!”. Then dia toleh.. Dia tengok aku tapi nampak maam konfius.. “Sapela budak nih panggil aku pulak? “ . Pastu tenten pun pandang dia. Tenten pakai macam biasa so barula dia recognize “Loorr.. Classmate aku rupenye.. “. Then dia tegur kite orang balik. Pastu kite orang pun bawakla haluan masing-masing. Nampak sangat aku nampak lain kan?? Haha

jae, please don't get mad.. i stole ur pic from fb.. :P






Selalunya dia nampak aku macam ni..
~specky~
 Tetiba semalam nampak aku macam ni..

angle dari atas siot! haha
wekk!! bajet comel!

Disebabkan perut nih dah berbunyi sejak pagi tadi, maka aku ngan Tenten pun pegila makan kat food court. Tak lama pastuh boyfie Tenten pun sampai.. Hello boyfie Tenten! If you read this please approve my friend request ok??  Gahahaha! :P

Lepas je makan, kite orang pun membawa haluan masing-masing.. Aku balik rumah..Diorang pegi maen ice-skating kat Sunway. OK, aku jeles! Sebab diorang nak tengok Fast 5 jugak!!  Waaaa!! Aku nak tengok!! Tapi tadi Tenten cakap dia tak tengok sebab boyfie dia nak balik dah.. Macam mana pun aku tetap nak tengok Fast 5! Takpe-takpe, nanti aku bawak rombongan En. Khirzuan pegi tengok. Muahahaha!!

Lepas aku amek keta kat rumah, aku pon balikla UM balik.. Dalam pukul 5 lebih camtu amek Tenten kat Stesen U. Pastu pegi Mid sebab nak tengok apa problem kamera aku nih.. Nasib baik takde pape masalah.. Bateri jela.. Btw, aku dah dapat kimchi pemberian Tenten!! Akhirnya salah satu wishlist makanan yang aku mengidam dah tercapai.. Malangnya aku rasa kimchi tu tak sedap sebab masam.. Aku sangat-sangatlah tak suka benda yang masam nih.. So, kimchi is really not for me.. Tapi Tenten ada beli spicy chicken ape ntah.. Makanan Korea gakla.. yang tu sedap!! Seb baek ada pengganti kimchi.. Huhu~ Thank you Ten!!

waktu kat kedai kamera
kimchi

spicy chicken mende ntah

Pas balik dari Mid je kite orang gi makan kat kolej 6.. Habes makan tu balikla kolej masing-masing. Time nak naik ke bilik jumpa pulak ngan rumate.. Cam nak keluar je sambil pegang buku yang aku pinjam kat senior..Aku mintak tolong dia pulangkan balik. Tapi dah alang-alang jumpa tu kan.. Aku pun tunggula sekali senior aku tuh.. Identiti dirahsiakan. Konon-konon nak ucap terima kasih je.. Sekali diorang ajak gi makan lagi.. Aku ni memang pantang orang ajak keluar.. Tapi taknak makanla sebab baru je lepas makan kan..

Sampai je kat kedai makan tuh.. Kat mane ntah. Uptown Damansara kot. Diorang order makanan dan aku tengok jela.. Diorang pelawa tapi aku terlalu kenyang untuk makan lagi.. Agak-agak dorang tak abes tuh barula rasa sikit.. Haha! Serius sedap jugak!! Huuuuu~ Makan sambil borak-borak, ngumpat sekali. Memang kegemaranla kan.. :P  Hari ni memang best! Ok, tuh aje..  Tata titi tutu~

sizzling beef mende ntah

chicken chop

makhluk yang dirahsiakan identiti mereka

Thursday, May 12, 2011

Serius Aku Mengidam!!

Dah banyak sangat aku tulis serius, serius, serius.. Tetiba rasa dah macam Blogserius la pulak.. haha! yela, semua benda nak serius.. Takdela.. Aku tak tahula kenapa sejak kebelakangan nih aku mengidam nak makan benda yang pada aku pelik-pelik.. Ni semua salah internet la kerana menyajikan mata aku dengan pelbagai makanan yang best! Wahahaha!! Seriusla.. Sape yang baca nih tolongla aku dapatkan makanan yang pelik-pelik nih.. Sebab aku tak tahu mane nak dapat.. Please la wei! Please~ *sambil buat muka comel*

Ok, ni wishlist makanan yang aku mengidam.. Please ek?? Dapatkan ek?? Huhu~

Macaron
Makanan dari Perancis nih dah lama aku nak.. Sampai sekarang tak dapat2 lagi..


   

Potato Skin
Ada yang dengan cheese, ada yang seafood.. hurm.. Yumm2!!
 


Shark Fin Soup
Chinese cuisine yang aku rase sedap.. Maybe agak kejam sebab kena bunuh shark untuk dapatkan fin dia.. Tapi nak wat camne.. Sedaaaapp~



 
Kimchi
 Ade banyak jenis.. Mane2 pun boleh.. Janji dapat rasa..



OK, sila dapatkan segera ek?? Terima kasih~