Wednesday, March 30, 2011

Shhhhh!!

Aku ada benda nak cerita kat korang.. Setiap kali bila satu tempat tu bising, macam mana korang nak bagi senyap?? Mestila korang akan cakap 'shhhhhhhh!!' kan?  'Shhhhhh!!' tu ape maksudnye? Mestila nak suruh senyap betul tak?


Haaa... Tapi hari ni aku belajar perkara baru. Kalau ikut culture orang arab, 'shhhh!!' tu maksud die kurang ajar. Benda ni biasanya kita hanya akan cakap bila marah je. Lebih kurang macam mencarutla kat sini.

Patutla bila time kelas dynamics je time sume orang bising, pastu lecturer masuk, bile ade orang buat 'shhhh!!' terus lecturer tu pandang macam nak makan orang! Lecturer tu orang arab la kan.. Serius aku takut setiap kali dia pandang macam tu.. Macam nak telan je orang yang buat 'shhh!!' tu.. Baru sekarang aku paham kenapa. dah tak pasal-pasal budak yang buat 'shhhh!!' tu kena hantar sampai 3 report. 



Tula.. tak sangkakan? Benda yang sama tapi banyak mana. Kalau kita, 'shhhh!!' tu maknenye senyapla kan.. Diorang punya maksud pulak lain. Dah tak pasal-pasal aku dapat dosa sebab mengata lecturer tu bila pandang orang menakutkan macam setan. Sorry lecturer!! Waktu tu saya tak tahu maksud dia.. huhu~



Monday, March 28, 2011

LCCT Oiii~

Hari ni bersamaan dengan 27 Mac 2011, akhirnye mak and ayah aku balik dari honeymoon. So, aku pun pergila amek diorang kat LCCT. Diorang dijadualkan landing pukul 2.30 camtuh.. So, aku pun keluarla dari rumah  pukul 12 tengah hari sebab takut jem, and takut sesat.. Ok, tipu.. Aku tak takut sesat langsung waktu tu sebab ada GPS. Aku dok  pikir nak g merewang jap kat LCCT tuh nanti.. haha!

Selepas top-up touch n go and isi minyak full tank, aku pon sambungla perjalanan bersama nenek dan adek tersayang.  First time kot drive ke tempat yang aku tak taw jalan. Nasib baik ade GPS. Hasilnye?? Tak sesat langsung! Hebat tak? Haha! Hebatkan?? Baik cakap hebat!

Tapi aku guna GPS phone jela..

Pas dah sampai tu adela dalam sejam lebih lagi aku tunggu parents aku. Tunggu punye tunggu tak nampak-nampak. Aisy! Kate kul 2.30, ni pukul 3 lebih pun x nampak lagi.. Tapi takpe. Demi kasihku kepada kedua ibu bapaku, maka aku tunggu jua dengan penuh sabar.. Chewah! Ayat tak boleh bla, aku taw.. =.=



Dalam lebih kurang pukul 3.15 camtu, phone aku berdering. Nama mak aku keluar.  Aku pon angkatla, tapi ayah aku yang jawab. Ayah aku marah sebab tak pegi LCCT dengan adik dia. Risau kalau jadi apa-apa kat aku susah. Sorry abah.. Tapi dah call dah adik abah tu. Dia tak angkat, so pegi jelah sendiri. Huhu~

Mak aku pulak melahirkan perasaan kagum dengan aku sebab boleh pegi sendiri tanpa sesat. Dia kagum sebab first time aku pegi sana.. Kalau dia, bak kate diala mesti tak boleh sampai lagi.. And dia kagum bile tengok aku bayar parking sume pakai touch n go.. Haha! Dia ingat tol je ade touch n go, rupenye parking pon boleh pakai benda alah tu.. Takpe mak, next time kite g jalan sama-sama yer?

this is amazed look ok?

Itu je aku nak cerita, bubuii~

Friday, March 25, 2011

Malam Penghargaan Dayasari (MPD) 2010/2011

Ok, maybe belum terlalu lewat untuk aku tulis pasal nih walaupun dah hampir seminggu berlalu..  Malam Penghargaan Dayasari ni merupakan dinner kolej aku di mana pelajar yang ada berbakti untuk kolej diberi pengiktirafan. Tahun ni kira tahun pertamala aku pergi dinner kolej.. Tapi bukan sebagai tetamu. Aku pergi sebagai ajk yang mengendalikan majlis tersebut.

Thursday, March 24, 2011

Students!! Cube Pikir Betol ke Tak??

Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,

Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…

Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!

Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.


Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.

Baki tinggal 223.
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.

Makan :
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.

Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.

Jadi baki tinggal 1 hari.

Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!


Gile!!

Hahahaha... Aku memang giler! Semenjak dua menjak nih.. Haisy! Tak tahulah ape nak jadik ngan aku... Bawak motor pun dah macam orang tak betul. Kereta pun macam tu jugak... Asal aku bawak je, ada je orang yang nak hon.. Otak aku tak stabil agaknye.. Tu yang asyik kena hon tuh.. Tapi buat masa nih belum ada apa-apa kejadian yang tak diingini berlakula... Alhamdulillah~

Tadi kelas titas.. Akhirnye, lepas jugalah tekanan aku untuk titas yang da berape minggu nih.. Tadi group aku buat presentation... Habis je presentation, tunggu next group present terus kite orang keluar dewan, nak balik. Gila kan?? Kelas tak habis lagi kot... Banyak lagi group yang belum present.. Kite orang memang giler!


Ok, itu aje..

Monday, March 21, 2011

Video Zizan yang Awesome!!

Pergh!! Seriousla... Zizan buat muka serious pon rasa nak gelak jugak.. Btw, congrats for this cool video to you and Dina..

Sunday, March 6, 2011

Happy Birthday To Me

4 Mac 2011


Aku da 20 tahun!! Yeay~ Sempena hari jadi yang ke-20 ni banyak betul ucapan hari jadi yang aku terima.. Mostly mestila dari facebook je.. Sekarang ni orang suka benda yang mudah. Malas nak keluar duit..  So, fb la medium paling sesuai untuk buat semua tuh.. Ucapan dari phone call @ sms sikit je nak banding ngan fb yang beratus-ratus tuh.. antara ucapan yang aku dapat :

Selamat hari jadi

Selamat hari tua

Selamat hari melihat dunia

Selamat hari dilahirkan

Happy birthday

Happy bornday

Happy Halloween

Happy wesak day

Selamat hari raya

Happy birthday BULU KAKI

Happy birthday minah skodeng

Etc.. =.=*

Erk… Nampak macam aku ni pervert la pulak kan.. haha! Nevermind..

Sebab dah lama aku tak balik rumah.. So, aku decide untuk balik rumah sambut birthday dengan family.. Family always first maa… So malam tuh kite orang keluar makan steak kat restoran Six Point Riverside. Yup! Memang restoran terletak sebelah sungai.. Restoran ni terletak kat Sungai Buaya. Makanan die sodaaaaap~ Harga dia pun berpatutan. Tambah pulak dengan alunan muzik dari Kenny G. Decoration yang indah.. Ala-ala hotel gitu! Curlass!! Huhu.. I enjoy the meal.. You know what I’m taking last nite? I ate chicken chop and lamb chop!! Believe it?? Believe it!









Oh ye... Tahun ni aku belum makan kek hari jadi lagi.. sape nak belanje??

p/s : Sorry yaya.. terharu baca blog kau.. sorry nyusahkan korang.. J

Thursday, March 3, 2011

AKU MARAH!!

YE, AKU SEDANG MARAH! DAN BILA AKU MARAH AKU SELESA MENGGUNAKAN CAPS LOCK DALAM PENULISAN SAMBIL MENEKAN KEYBOARD SEKUAT YANG BOLEH! INGAT SENANG KE NAK TENGOK AKU MARAH??! SEMUA ORANG YANG KENAL AKU TAHU YANG AKU NI JENIS YANG BRIGHT ATTITUDE.. TAPI HARI NI AKU MEMANG MARAH!!!!! PASAL APA??

1. KEKELIRUAN KELAS KAT MANA. DAPAT INFO SALAH. SORANG KATA KAT SINI, SORANG KATA KAT SANA. BILA AKU DA ADA KAT SINI, ORANG LAEN PULAK SURUH AKU PEGI SANA.. XPE, ITU MEMANG DA BIASA BERLAKU..

2. BILA AKU SAMPAI JE KAT LAB, ADE PULAK MAMAT SENGAL NI PEGI BAGI TAU KAT LAB INSTRUCTOR TU SURUH TUKAR HARI SEBAB CLASH DENGAN KELAS LAEN.. OK, KELAS CALCULUS. PASTU LAB INSTRUCTOR TU DENGAN SENANG HATI CAKAP OK, TUKAR HARI LAEN.. WTF???!!! AKU BUKANNYA JENIS YANG SUKA MENCARUT YER.. INI MENUNJUKKAN YANG AKU SEMEMANGNYA TERAMAT-AMAT GERAM DAN MARAH!

3. AKU DALA X BAWAK NOTA CALCULUS.. SUKA HATI JE MAMAT TU MINTAK TUKAR HARI.. YANG LAB INSTRUCTOR TU PON SUKA HATI JE NAK CANCEL WAKTU TU JUGAK! LAEN KALI KALAU NAK CANCEL BAGILA TAW INSTRUCTOR TUH AWAL2.. X PAYAH AKU G KELAS DIA.. X PAYAH SUSAH2 AKU NAK KENA BUIAT SURAT PELEPASAN! COME ON DUDE.. ORANG LAEN PUN NAK EXAM JUGAK. TAPI JANGANLA SELFISH! MACAM KAU SORANG JE NAK BELAJAR!!



ARRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SEBAB GERAM SANGAT, AKU PON TERUS BALIK SAMBIL MEMECUT MOTOR AKU DENGAN LAJUNYA.. NASIB BAEK HARI NI XDE APE2 HALANGAN.. MEMANG LAJU JELA AKU MEMECUT.

Tuan Nurul Fitri Bt Tuan Azmi


Orangnya segagah namanya.. haha! Dia ‘Tuan’ ok? Gagah! Orait, bukan itu yang aku nak cakap kat sini.. Sebenarnya, disebabkan aku dah janji kat dia nak wat entri pasal dia so makanya hari ini aku akan menunaikan janji.. So, here we go!

Aku panggil die Fitri je.. Kalau orang baca nama dia mesti orang ingat dia nih laki.. Pasal ape? Korang tengoklah sendiri. Nama yang feminin kat nama dia cume ‘Nurul’ je.. Yang laen suma nama laki. Mungkin dulu mak ayah dia nak anak laki kot.. tapi x dapat. Tu letak gak nama tuh.. haha! Tapi xpela, anak perempuan diorang gagah sekali!! Awww~


Even aku pon waktu kat matrik dok panggil die ‘Fitri gagah’. Dalam gagah-gagah si Fitri ni, dia bukanlah seorang yang tomboy malah terserlah sifat kewanitaannya.. Dulu mungkinla kalau orang nak panggil dia ‘Terap’. Tapi sekarang tidak lagi.. Dah lengkap pakej kewanitaannya.. Malah dah layak untuk berkahwin.. weng weng weng! Ape aku ngarut ntah..

Kite orang bolehla nak cakap selalu bersama waktu kat matrik.. Chewah! Macam pakwe makwe la pulak kan.. haha! Bukan ape.. Kite orang banyak minat benda yang sama. Kite orang suka Korea. Dalam banyak-banyak band Korea, kite orang paling suka TVXQ!! Oh,TVXQ forever~



Pastu bila nak stalk pakwe-pakwe KMPP pun mesti stalk orang yang sama. Kebanyakannya chinese la, xpun melayu yang Korean-look. Dah memang zaman tu zaman korea.. Nak wat camne? Aku ingat lagi dulu time nak stalk ade sorang mamat nih.. Kalau kite orang berselisih or lalu belakang or nampak je mamat tuh, mesti tunggu 5 saat lepas da x nampak bayang mamat tuh. And then, macam orang kena histeria! Ok, aku taw.. Sounds like gedik girls.. Well, we are gedik! So what? Tapi kite orang histeria senyap-senyap jela.. Just badan bergetar menahan keseronokan.. Xdela sampai terjerit terlolong!

Fitri ni kan coooool~ Ade sekali tu kan, handphone die ke dompet ntah yang hilang. Die boleh buat selamber je! Kalau akula mesti da x tentu arah. Pastu ade time dia sakit, tapi x ingat jugak luka ke hape ntah. Die boleh selamber je macam x sakit langsung. Siap gelak-gelak lagi! Adela lagi beberape benda yang aku x ingat dah.. Yang aku taw die ni cooool~


Kenapa aku cakap die gagah?? Sebab bila dengan dia, aku rasa seolah-olah aku nih girlfren die.. Wahahah!! Kami bukan lesbian ok? Dia sangat gagah sebab x takut lipas. Aku pulak lipasla benda paling pantang aku jumpe. Dia bleh merentasi jambatan tali yang nipis kat KMPP dalam hanya x sampai seminit! Siap boleh posing-posing cam nak jatuh sungai je! Aku pulak amek masa dekat 10 minit nak lintas.. Takut wooo!! Gayat! Pastu die carry aku naek basikal pusing satu KMPP tuh 2 round!! Bukannya aku dok belakang tempat dok basikal tuh. Aku dok kat tempat handle tu ha.. Kalau akula dah pancit kot… So, kesimpulannya Tuan Nurul Fitri ni memang gagah orangnye.. Sila percaya.

camnila dia bawak aku naek basikal..

Dia ni single lagi taw! Tawla skrg da berpunya ke blom.. So,korang yang berminat tuh bolehla berkenal-kenalan kat facebook dia.. hehe.. tu pon kalau dia accept korang. Dia ni lagi jual mahak dari aku taw! Sape yang dapat berkenalan ngan dia memang tergolong dalam insan-insan yang bertuahla.. 

Kalau korang tengok cover album aku kat fb pon banyak gambar ngan die.. Oh, my masculine, sweet Fitri.. Ngehehe!!





Tuesday, March 1, 2011

Internet Oh Internet!!

Benci gile aku kalau internet kul 2-3 pagi camni pon lambat gile babeng! nyusahkan aku nak wat keje..