Monday, September 3, 2012

The Cube

kat fak aku sekarang dah ada tempat yang cool liao! baru tengok tadi.. nama tempat nih The Cube. ingatkan untuk staff je rupenye student pun boleh guna. nice! nice! pasnih bolehla buat discussion ke ape kat sini.. cewah! macam ye ye je kan?





nak tengok gambar lagi boleh klik kat sini. :)

Sunday, September 2, 2012

Video Menggamit Kenangan :)


dulu waktu kecik2 selalu belajar guna tape yang ada cikgu nih.. ni kalau sape yang waktu kecik2 tak pernah tengok video yang cikgu ni ajar memang agak kesianla jugak.

ntah kenape tadi tadi aku nak tengok movie 2012. pasangla cd cetak rompak yang adik aku beli tahun lepas. sekali bukak-bukak, cd belajar budak tadika ni pulak.. dari nak marah terus tak jadik nak marah. bukan aku je.. sekali ngan mak bapak aku semua excited sebab video ni sangat2la menggamit memori.. cewah! macam klasik fm gitu!

nah.. sila layankan..


 
Mentari dah bersinar
Ayam pun sudah berkokok
Mari kita ke sekolah
Siapa dulu tiba

Melihat kamu ketawa
Cikgu turut gembira
Pagi cikgu, pagi muridku
Mari kita belajar


Yang tidur masa belajar
Rugikan diri sendiri
Mata pandang papan hitam
Tapi akalmu di pantai

Jikalau malas belajar
Esok kau kan menyesal
Pagi cikgu, pagi muridku
Mari belajar

Buangkan sikap malasmu
Mulakan azam baru
Pagi cikgu, pagi muridku
Mari kita belajar.

i miss my childhood so much! sian adik bongsu aku tak pernah tengok video nih..

Friday, August 31, 2012

Raya Merdeka

Assalamualaikum.. Lama gile tak jenguk sini. so hari ni dengan rasminya nak update entri untuk bulan ogos. :D

tak terlambat lagi untuk ucapkan selamat hari ray rasanya dan tak lupa! Selamat menyambut hari kemerdekaan malaysia yang ke 55!! *bunyi orang sorak, bunga api, orang tiup trumpet*

Waktu hari raya hari tu amboi kemain semua pakat melaram! aku pun taknak kalah! kata primadona.. ahaks :P

kemain memasing pun nak pakai shades
macam biasala, raya pertama raya kat rumah pastu gerak pegi selayang then raya negeri sembilan pulak. second day raya kat ipoh sampaila raya ke-4. meriah tu jangan cakapla.. haruslah meriah.. meh tunjuk gambar skit!

Friday, July 20, 2012

Ramadhan : Niat Puasa dan Doa Ketika Berbuka Puasa

Esok dah nak raya.. Eh, nak puasa. nampak sangat aku lagi excited nak raya.. -.-

esok nak puasa, korang ingat lagi x macam mana niat nak puasa sehari ngan sebulan? kalau x ingat meh tengok sini.. hafal!



tapi puasa-puasa pun bila nak berbuka tu jangan lupa pulak doa berbuka puasa.. nampak sangat gelojoh tak sabar nak berbuka kalau x baca doa tau. tak ingat? takpe.. akak ada..

Allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

harap ni dapatla bantu korang. bulan puasa ni jangan asyik ingat nak makan je. tahan nafsu tu! bukan nafsu makan je, segala nafsu yang ada, semua sila tahan. and banyakkan amal jariah.renung-renungkan dan selamat beramal :)

Money! Money!

Semalam teman mak pegi bank and then banker tu tanye nak tukar duit baru x? haruslah nak! haha tapi malangnya duit ni x dapat dikeluarkan banyak2 untuk raya nih.. so, kanak-kanak sekalian, duit raya tahun nih still duit lama ye?



p/s : selamat menyambut bulan ramadhan semua :D

Tuesday, July 17, 2012

Nak Ayu Jeee..

Assalamualaikum ladies and gentleman.

cuti sem nih memang hidup aku agak bosan sikit. takde ape-ape aktiviti yang menarik. aku kerja sambil buat short sem. so habes kelas, pegi kerja, balik tido. itu jelah yang aku buat tiap-tiap hari pon. serius bosan!!

so pada satu hari nih adala satu makcik nih cakap kat mak aku pasal dorang ada nak buat satu bengkel nih. aku dengar bengkel, bunyi macam best. mak aku pulak confident je cakap aku suka, so terus bagi nama aku kat makcik tuh. aku pon ok jelah..

aku bukannya pandai gubah pon sebenarnya. main buat je. cepat siap, cepat balik.




lepas makcik tu balik, aku pon tanyela mak aku sekali lagi. bengkel apa yang mak daftarkan tu mak? sekali mak aku jawab bengkel gubahan bunga!! aku macam whattttttttttt???? aku?? bungaaaaaa???? oh no! tak macho dahla lepas nih! mak aku pulak punyela convince cakap, kalau masuk bengkel nih nanti tak payaha susah-susah nak beli bunga kat orang lain. awak boleh buat. aku macam -___________- whale!

muka nampak macam happy je kan?fake semua ni!

tapi disebabkan mak aku dah daftar, dipendekkan cerita, aku pon haaa.. ok jelah.. redha jelah masuk bengkel ayu nih. perempuan dan bunga tak dapat dipisahkan kan?? perempuan dan bunga barula nampak ayu.. ooo.. macam tu ek? ok ok..

nasib baik omak den temankan. kalau tak..... habeslah aku mati kebosanan.




makan time!

buat-buat kusyuk sebab cikgunye ada kat sebelah
pergh! gaya macam profesional je kan?
dengan geng makcik2 yg satu grup dgn aku. terserlah kependekan.. -____________________-

tadaaaa!! bunga yang aku gubah. not bad lah jugak kan? teehee =P

dapat sijil penyertaan jugak.. kire okla tuh!

p/s : aku peserta paling muda hokey? yang lain semua makcik2..kalau tak paling muda pon, akulah yang paling kecik. sekian.

thanks for reading.

Saturday, June 9, 2012

Ooooootakkkkk~

**sila baca title tuh macam zombie..

hai, sekarang tengah minggu exam. 2 paper dah lepas. lagi 4 menunggu. empat-empat tuh memang killer punye paper. seminggu 3 paper. plus minggu depan satu lagi paper. sekarang tengah konon2 study hard. kenapa konon? sebab aku pon tak yakin yang aku study hard ke tak.. haha!

otak pon dah biol skit. stress tu takdela stress sangat sebab tu aku cakap aku tak tau aku study hard ke tak. sebab aku biol. eh, sebab aku tak stress. nerves pun tak. dah kenapa dengan aku nih? doakan aku berjaya. amin! 

meja berselerak time nak exam adalah perkara biasa

p/s : aku amek engineering. aku nak 4flat boleh?