Wednesday, February 29, 2012

Kecewa Dengan Diri Sendiri

Hari ni masuk kali kedua aku datang ke kelas tarian.. first time datang rasa seronok sebab time tuh ramai lagi geng aku yang join.. sekali dorang drop sebab tak sanggup dah.. aku pulak mula2 lagi dah ajak dorang masuk lakonan teater.. tapi dorang taknak so aku pun takdela kisah since tarian pun macam fun jugak kan?

then masuk minggu kedua nih aku rasa macam robot tongkang berkarat baru belajar nak menari.. serius robot weh! serba tak kena.. aku kecewa! kecewa sebab tak dapat menari cun-cun lemah gemalai macam orang lain.. huuuuuuu~ kena amek extra class kalau macam nih..>.<

Saturday, February 25, 2012

Adnan Sempit 2

Semalam aku pegi tengok Adnan Sempit 2 dengan senior aku.. kak atik and abang acap. Aku boleh bagi rate untuk filem nih 4.5/5 star la weh.. serius best, lawak dari mula sampai habes cerita, confirm rasa nak gelak guling-guling je dalam panggung tuh!

adnan sempit nih cerita pasal adnan and girlfriend dia nak kawen. tapi sebab darjat lain, parents girlfriend dia macam tak berapa nak setujula.. so diorang pun bagi syarat kalau nak kawen kena tunaikan syarat tuh dalam masa 30 hari. banyakla lawak engrish dia.. paling aku ingat "because banana already fruit two times". lepas tuh part adnan kena raba gentel-gentel kat dada. serius geli bai! tengokla lawak gile weh! nak cerita semua tak syokla kan? baik korang gi tengok sendiri.



balik dari tengok wayang tuh ingat nak terus balik sekali bila lalu depan apartment abdullah hukum tuh ternampak macam ada satu restoran nih agak cun la.. aku syak restoran tuh baru renovate. sebab sebelum ni macam tak pernah ada pun restoran tu. tambah pulak kereta yang berenti lepak kat situ agak awesome kan? fair lady kot! 

Friday, February 24, 2012

KAVITER 2011/2012

Akhirnya habes jugak Kaviter nih.. sepanjang dua minggu nih serius aku nerves nak tunggu result juri sume.. dan keputusan pun dah dapat..

pelakon harapan wanita : zainab kk7

pelakon harapan lelaki : smith kk5

pelakon pembantu wanita : shima kk11

pelakon pembantu lelaki : lipan kk12

pelakon terbaik wanita : makcik kk1

pelakon terbaik lelaki : azman kk9

skrip terbaik : kk1

pengarah terbaik : kk1

busana dan tatarias terbaik : kk5

set terbaik : kk1

pencahayaan terbaik : kk5

anugerah khas juri : kk11

tempat ketiga : kk9

tempat kedua : kk12

tempat pertama : kk1


as you guys can see, kolej aku takde placing pun tahun nih.. to be honest aku kecewa sikitla. walaupun aku tak berlakon kali ni, tapi aku nampak effort budak-budak halusinasi nih.. semangat! but at least we won 3 awards!! wohoooo!! XD

waktu aku dulu pon even kite orang tempat kedua, award yang dapat pun dua jugak.. so pencapaian kali ni memang sangat-sangat boleh dibanggakan.. and i really proud of you guys! seriously..

so to my juniors, if and only if you read this post, please dont put the blame of our loss to you.. korang dah berusaha sehabis baik kan? so takde maknenye dengan 'pembawa malang' tu.. dah takde rezeki nak buat macam mana kan.. so chill guys! you really did a great job that night.. 

jangan berputus asa.. tahun depan kita akan beraksi lagi. so make sure this time kita kasi GEGAR satu UM! Jyeaaghhh!! 



*nanti gambar mungkin akan menyusul kemudian..

Tuesday, February 21, 2012

Bawek

Dah dua hari berturut-turut aku joging dalam minggu nih. Satu pencapaian yang mantoooop dalam sejarah hidup aku yang memang orang sume dah tau : M.A.L.A.S!!



Sebenarnya banyak kelebihan joging nih.. Antaranya :

- dapat menaikkan seri wajah
- boleh memberi bentuk potongan badan yang kita idam-idamkan selama ini.
- meningkatkan kadar oksigen dalam otak.
- bagi kite lebih cerdas.
- boleh menikmati alam ciptaan tuhan yang indah ni. *bajet waktu lain xleh pulak kan..*
- boleh usha-usha awek/laki yang hot setaff
-bawek pon boleh jugak.. ehhhhh??

cakap pasal bawek nih kan.. semalam aku joging ngan sham.. terjumpala satu pasangan nih.. for your information kedua-dua mereka adalah lelaki okay.. yang sorang tuh memangla pakai macam laki. yang lagi sorang tuh... hmmmm...kalah pempuan! dengan hot pant, rambut brunette paras bahu.. joging same2.. mesra-mesra gitu!

actually aku takde masalah pon ngan dorang nih. tak ambik pedulik pon sebenarnya. hari ni aku joging ngan lyn pulak.. jumpe mereka lagi! dan baru aku perasan.. semalam dorang nih dua-dua pakai baju warna merah.. hari ni warna biru pulak.. takkanla dorang nih couple pulak kot?? *facepalm*

tengok.. berseri je lyn nih! XD
*pen merah pen biru, you marah haa... sambungla sendirik =P

Friday, February 17, 2012

Relik

Hello my dear! sebab aku agak busy, maka x updatela blog yang comel nih.. tapi sebab semalam ada cerita best, kalau x share ngan korang macam rugila pulak kan?

Ok, semalam kolej aku bertanding untuk kaviter (karnival teater). Biasala kolej kite orang memang suka buat citer pelik2.. 

Tajuk teater tahun nih 'Relik : Sebuah Lagenda Berdarah'. Ni dia punya sinopsis..

Gelojoh, tamak, ghairah, cemburu, malas, bangga, dan amarah. Teater ini menceritakan kisah sebuah relik lagenda yang mempunyai kuasa sakti dan mampu menyerlahkan sifat-sifat hitam dalam tujuh pelajar universiti yang menyertai persatuan kerudung hitam iaitu persatuan yang tidak diiktiraf oleh sesiapa. Penemuan relik itu disertakan sekali dengan mantera misteri. Kebangkitan sifat-sifat hitam mereka ini telah menemukan mereka dengan Lady Death, malaikat maut yang membawa mereka ke alam barzakh. Namun begitu, David, salah seorang dari tujuh orang tersebut terselamat dari tangan Lady Death. Apakah yang menyelamatkan David? Saksikanlah Relik: Sebuah Lagenda Berdarah.

Malas nak citer banyak.. nak tunjuk gambar je.. okeh?


lagi gambar sila klik..